Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
masa cuti sudah bermula..bg sekolah dan sesetengah ipt..mgkin 1 mggu ni tdklah terlalu lama..tp dgn masa cuti ni lah mnjadi pnentu adakah kita ni seseorang yg begitu menghargai masa atau sebaliknya..adakah 1 mggu ni kita akn digunakan sebaiknya..atau dibiarkan berlalu sia2 dan kita menjadi golongan yg rugi..
"Demi Masa!!Sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal salih dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan
kesabaran."(al-asr:1-3)
Ada 4 golongan yang terselamat daripada menjadi manusia yang rugi iaitu:
1.Beriman
2.Beramal salih
3.Berpesan dengan kebaikan
4.Berpesan dengan kesabaran
Ibnu Qayyim di dalam kitabnya "Miftahu Daris-Sa'adah" menerangkan; "Kalau keempat - empat martabat telah tercapai oleh manusia, hasillah tujuannya menuju kesempumaan hidup.
1.: Mengetahui Kebenaran.
2.: Mengamalkan Kebenaran itu.
3.: Mengajarkannya kepada orang yang belum pandai memakaikannya.
4.: Sabar di dalam menyesuaikan diri dengan Kebenaran dan mengamalkan serta
mengajarkannya.
Hidup ini hanyalah sementara sahaja. Kerana masa terus berputar dan tidak pernah berhenti. Untuk mengejarnya kita akan tercungap-cungap keletihan. Untuk memintasnya jauh sekali. Tetapi untuk melepaskannya pergi, teramatlah mudah. Itulah kerja kita. Tidak hairan, apabila siang malam silih berganti, hari berselang seli, minggu terus memecut pergi, bulan bertukar nama , tahun menjelang senja, namun kerja kita terus menimbun. Hari ini tak siap, bawa ke esok. Minggu ini tak sempat bawa next week. Bulan ini tak jadi, tangguh ke bulan depan. Tahun ini tak tahu lagi, tengoklah tahun depan kalau jadi. Itulah kita. Tapi jarum jam terus berputar.
Berputar dan terus berputar. Meninggalkan detik semalam, kelmarin dan hari sebelumnya untuk melangkah ke hari baru, minggu baru, bulan baru dan tahun baru. Menjadikan kita semakin berusia dan dewasa. Ada yang sedikit geliga, mencuba ilmu awet muda. Tapi masa tak pernah menipu dan tertipu. Awetnya memang muda tapi usia tetap dewasa. Perasannya muda belia rupanya dah senja. Disuruh senyum, gigi pun dah tak ada.
Jarum jam berputar lagi. Untuk memberi peluang supaya kita berebut-rebut. Bukannya berebut harta. Kerana berebut harta samalah seperti kita menggali lubang yang kita berada dalam lubang itu. Tanpa kita sedari semakin dalam kita gali, semakin bahaya kita di dalamnya. Kerana itu kita disuruh rebut lima perkara ;
1.Hidup sebelum mati
2.Sihat sebelum sakit
3.Masa lapang sebelum sempit
4.Muda sebelum tua
5.Kaya sebelum papa
Jarum jam berputar lagi. Memberi peluang untuk muhasabah diri. Bertaubat kepada ilahi. Memperbaiki diri. Ya Rabbi,,,, Ighfir zunubi.. Sebelum diambilnya kita untuk kembali, marilah kita ikhlaskan diri. Perbetulkan nawaitu di hati. Bagi yg masih menuntut ilmu,tuntutlah ilmu sebaik mungkin kerana menuntut ilmu itu merupakan kewajipan kita semua. Jgn sia2kan masa yg ada. Jgn kita libatkan diri dgn perbuatan mungkar dan maksiat yg kini smkin berleluasa. Jadilah diri kita agen pemangkin yg baik,bukan pemangkin kpd gejala sosial yg sudah banyak di luar sana. Semoga amalan kita diredhai. Di hadapan Allah menjadi saksi. Apabila kita di sana nanti.
Sini disertakan cara2 utk kita menguruskan masa..moga2 bermanfaat..
1.Senaraikan tugas yg perlu dilakukan.
2.Pecahkan tugas besar kpd tugas kecil.
3.Laksanakan tugas mengikut kemampuan.
4.Jangan tangguh kerja.
5.Bersikap realistik dlm penggunaan masa.
6.Perancangan kerja mengikut kemampuan.
7.Sempurnakan tugas sebaik mungkin.
8.Sentiasa semangat dan tidak kenal putus asa.
9.Ukirkan senyuman dan berikan penghargaan kpd diri sendiri.
Imam Syeikh Hassan al-Banna dlm wasiatnya menyatakan kewajipan kita kepada masa..Dimaksudkan di sini adalah kita hendaklah sentiasa menjaga masa kita agar sentiasa digunakan untuk perkara yg bermanfaat dan tidak sia2.
Masa ibarat mata pedang,jika kamu tidak mencantas ia akn memotong kamu-Imam Syafie
"bertindak segera melakukan amal"-Nabi Muhammad
Ketahuilah: Sesungguhnya taubat yang diterima Allah hanyalah taubat orang-orang yang membuat sesuatu kejahatan kerana sebab kejahilannya, kemudian mereka bertaubat dengan seberapa segera. Mereka itulah orang yang diterima Allah akan taubatnya. Adalah Allah itu maha mengetahui lagi maha bijaksana.
Dan tidaklah taubat orang-orang yang berbuat kejahatan sehingga apabila seseorang itu berdepan dengan kematian, barulah dia berkata: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang! dan tidak juga diterima taubat orang-orang yang mati padahal mereka dalam kekufuran. Bagi mereka itu, kami telah sediakan azab yang pedih.(al nisa': 17-18)
Sibuk Hari-hari Sampai Jadi Tak Sibuk
3 years ago
No comments:
Post a Comment