Thursday, November 11, 2010

Salam Imtihan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Jazakallah semua atas doanya..

Alhamdulillah..dah sembuh sepenuhnya..
Last paper semalam..

Kepada semua yang masih belum habis paper atau sedang menjalani study week..



Moga dipermudahkan segalanya..
Buat sehabis baik..

Tuesday, November 2, 2010

Ow Two Eleven

Badan terasa lemah. Suhu badan meningkat. Pening dan sakit-sakit badan. Mata membengkak. Satu perkara biasa terhadap diri saya apabila terkena demam. Sudah 3 hari berlarutan. 1 ujian dan sebagai kafarah terhadap dosa-dosa yang dilakukan.
Jam menunjukkan pukul 12 malam. Sempat membaca sedikit nota yang dibuat untuk paper Material Construction esoknya sebelum tidur. Tiba-tiba,Sony Ericsson C510 berbunyi menandakan ada mesej diterima.

"selamat hari jadi"

Salah satu mesej yang diterima daripada rakan-rakan yang masih ingat akan diri ini. Terima kasih sahabat.
Kepala dibasahkan untuk mengurangkan kepanasan. Kain basah diletakkan di atas kepala. Cuba untuk tidur. Mudah-mudahan sembuh keesokan harinya.

...

Jam 5.15 a.m
Terjaga dari tidur. Rasa kurang selesa. Segera bangkit menuju sinki di dapur.
...
Segala makanan yang tidak dihadam sepenuhnya keluar semula.

Jam 6 a.m
Menunaikan solat subuh di rumah. Bersiap seperti biasa.
Di dewan peperiksaan,mendengar arahan yang diberikan oleh pengawas peperiksaan. Berdoa moga dipermudahkan.

Selesai paper pertama,bergerak ke klinik. Doktor mencadangkan supaya dibuat ujian darah disebabkan demam denggi yang menular. Alhamdulillah,baru dapat panggilan dari doktor dan darah normal. Dan keadaan badan semakin beransur pulih.

Moga sembuh sepenuhnya..

*next paper,Geoteknik..

Monday, September 27, 2010

Quick Update..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Assalamualaikum semua.. Maaf diucapkan kerana membiarkan blog ini tanpa sebarang update. Kebelakangan ini diri disibukkan dengan bermacam hal.(juga kurang semangat untuk menulis) Mohon agar diri ini terus istiqamah. Doakan bersama. Jadi untuk post kali ni,nak berkongsi sedikit perkara yang berlaku secara ringkas(nama pun quick update).

-10 malam akhir ramadan : Menyertai program qiamulail bersama ikhwah. Target untuk hafal 1 juz. Bermula la cuti pertengahan semester.

-Raya Aidilfitri : Berkumpul bersama keluarga belah Ma(mama) saya di Pengkalan. Balik ke kampung Ba di Sungkai. Balik Ipoh,pergi open house yang diadakan oleh rakan2. Tapi kali ni tak berpeluang ke Lenggong untuk beraya dengan Akh Lan dan Akh Aweh seperti tahun lepas (T T). Tak akan saya lupakan saat bersama dengan mereka. Alhamdulillah,ukhuwah antara kami masih kekal. Next,menyiapkan tugasan untuk kelas selepas cuti.

-Minggu kuliah bermula : Hantar tugasan dan menjalani kuiz.huhu.. Menyiapkan LDK Tamadun Islam. Telah sepakat untuk membuat forum. huhu. Masih dalam proses mengedit. Dan menerima tugasan baru dan diarahkan untuk membuat persiapan untuk kuiz dan test akan datang.

-Perancangan : Memulakan halaqah di sekolah dan PUO. Membuat persediaan sebelum menjalani Latihan Industri dan Final Exam.

Itu saja buat kali ni..
wallahua'lam..

Saturday, August 7, 2010

Persediaan Menjelang Ramadan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah. Syukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memberi kita kesempatan untuk terus hidup dan melalui bulan Rejab dan Syaaban. Dan tidak lama lagi,Syaaban bakal menutup tirainya dan Ramadan kian menjelang. Moga kita diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yang dinanti.

Khutbah jumaat tadi,saya dengar dengan teliti. Ia menyentuh tentang bulan Ramadan yang bakal tiba. Bulan di mana seluruh mukmin menanti kehadirannya kerana berkat dan segala keistimewaan yang terdapat di dalamnya. Bulan yang digelar sebagai madrasah bagi setiap muslim kerana di waktu ini kita diuji dengan lapar dahaga dan segala macam ujian untuk kita mendidik diri kita melawan nafsu yang sudah 11 bulan ditarbiyah oleh syaitan. Dan pada bulan ini,segala amalan yang kita lakukan akan dilipatgandakan dan dosa-dosa lalu akan diampunkan. Maha Suci Allah. Betapa kasihnya Allah kepada kita dengan kurniaan yang istimewa ini. Betapa rugi pula bagi siapa yang tidak mengambil peduli. Jadi,bagaimana persiapan kita untuk menghadapi Ramadan?.Sudahkah kita bersedia untuk menahan diri dari memenuhi perut yang lapar dan tekak yang dahaga? Mampukah kita melawan nafsu dengan ketiadaan syaitan? Masih kita ingat lagi rukun-rukun dan syarat-syarat puasa dan segala amalan sunat yang lain?

Jadi,saya bawakan artikel ini untuk manfaat bersama.
Sumber:iLuvislam.com


Persiapan Ramadan


Kurang daripada seminggu lagi, umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, Ramadan Al-Mubarak. Bicara soal sambut-menyambut tentulah perlu ada persiapannya. Sepertimana kita hendak menyambut kedatangan YB ke tempat kita. Mungkin ketika ini ramai orang sudah membuat persiapan bagi menyambut ketibaan Ramadan. Namun, persoalannya bagaimanakah persediaan itu?


Persiapan yang mesti dibuat hendaklah merangkumi persiapan fizikal, mental dan ruhani untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak.



Apakah persiapan fizikal?

Persiapan fizikal bukanlah "pulun" habis-habisan sebelum menyambut Ramadhan. Bukannya memastikan perut mampu bertahan menghadapi Ramadhan dengan bekalan makanan yang menjadi isi perut sehingga bertambah beberapa kilogram berat badan!

Persiapan fizikal ialah melatih diri berpuasa. Sebagaimana kita perlu warming up atau stretching dahulu sebelum masuk gelanggang. Hal ini bagi memastikan kita bersedia dan biasa dengan keadaan berpuasa. Menahan lapar dan dahaga dan banyak mengerjakan amal soleh. Bahkan, berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban amat digalakkan dalam Islam. Sunat. Rasulullah tidak pernah berpuasa lebih banyak pada bulan lain melainkan Syaaban. Kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik supaya mampu berpuasa dengan sempurna. Alangkah ruginya jika kita mendapat sakit di bulan Ramadan sedang orang lain ralit berpesta ibadah. Sudahlah bulan lain tidak banyak amalan kita. Malangnya, bulan yang digandakan pahala ini juga kita tidak dapat mengerjakannya. Apa lagi yang ada pada kita untuk berdepan dengan Allah di hari Akhirat?


Persiapan yang kedua ialah akal.


Persiapan akal ialah kita sudah bersedia dengan ilmu. Ramai orang berpuasa tetapi punyai ragu-ragu dalam berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan. Ada yang tidak mengetahui apakah ibadah-ibadah yang afdal di bulan ini. Inilah perlunya persiapan ilmu. Lebih teruk lagi, ada yang melakukan persiapan untuk menghadapi hari-hari puasanya yang tentunya banyak masa lapang dengan membeli DVD pelbagai cerita; cerita Korea, Hindustan, Sepanyol, Amerika, cerita lawak dan entah apa-apa cerita lagi. Supaya diri tidak merasa bosan sementara menunggu waktu berbuka. Inilah yang diisi dalam kepala otak mereka!

Alangkah baiknya jika ia diisi dengan ilmu ukhrawi dan ilmu duniawi yang bermanfaat. Hari ini pelbagai jenama penerbit buku telah mengambil inisiatif untuk highlight buku-buku yang khusus bagi bulan-bulan tertentu. Contohnya bulan Ramadan bakal tiba ini, ada flyers khusus senarai buku-buku berkaitan Ramadan. Ada juga kedai buku yang membuat rak khas buku-buku Ramadan. MasyaAllah...Betapa baiknya jika kita hadam buku-buku itu di siang hari sepanjang Ramadan. Bukan saja dapat mengisi masa yang terluang, manfaat ilmu dan pahala juga kita peroleh.

Persiapan mental yang paling utama ialah setkan matlamat bahawa kita berpuasa ini untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa!

Yang dikatakan persiapan ruhani itu adalah mendidik nafsu kita.

Latihlah diri untuk mula bangun awal supaya dapat bersahur. Bukan untuk kekuatan di siang hari tetapi ia juga adalah suatu ibadah. Paling baik bangun lebih awal sedikit supaya sempat berqiamulail sekurang-kurangnya solat sunat Tahajud dan sunat Taubat. Giatkan lagi pembacaan al-Quran supaya lebih fasih dan tidak terasa berat untuk membaca lebih banyak di bulan Ramadhan. Perbanyakkan amalan sedekah di bulan Ramadan. Kalau boleh buat satu checklist harian atau jadual supaya kita boleh mendisiplinkan diri dengan rutin ibadah dan memastikan kita tidak meninggalkan nikmat beribadah di bulan yang mulia ini.


Akhir sekali, yang paling penting ialah istiqamah. Tidak kira Ramadan atau bukan Ramadan, kita tetap rajin beribadah. Jangan bermusim dalam ibadah. Ramadan bukanlah bulan penuh dengan adat tetapi ibadah! Justeru, tanamkan dalam hati kita untuk terus istiqamah dalam mengerjakan amal soleh kepada Allah SWT. Terus istiqamah untuk mengimarahkan rumah Allah. InsyaAllah.

Sekian, wassalam.

Tips: Agar Bateri Laptop Tahan Lama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Petang tadi,sedang aku melawat blog sendiri. Tiba2 rasa nak klik je 1 nama kat shoutbox aku..aku klik..dan secara tak sengaja terjumpa satu artikel berkenaan dengan penjagaan bateri laptop. Mungkin bateri anda semua masih ok. Tapi jika tidak kita pelihara dengan baik ia akan rosak seperti bateri telefon bimbitku. huhu. Jadi,aku buat keputusan untuk post mengenainya. Moga bermanfaat bagi semua.

Adakah bateri laptop anda cepat habis padahal baru caj?

Dengan cara yang betul, bateri laptop boleh tahan lebih lama.

Dinyatakan 3 cara untuk buat bateri tahan lama:

1. Elakkan penetapan ‘performance’ sekiranya guna bateri. Ini bagi memastikan penjimatan justeru melanjutkan tempoh penggunaan laptop ketika buat kerja.

2. Sekiranya berada di rumah atau berhampiran dengan power supply, lebih baik tanggalkan bateri dan sambungkan laptop ke power supply.

3. Penting! Pastikan notis ‘kehabisan bateri’ keluar baru cucuk ke power supply untuk terus menggunakan laptop. Baki caj-caj elektrik yang masih banyak dalam bateri, jika dicaj akan menyebabkan bateri bengkak (kes handphone). Bateri akan cepat rosak. Begitu juga, sebaik sahaja bateri telah penuh, terus matikan suis plug point. Jika tidak, bateri akan rosak dan mungkin meletup!



sumber :
-http://www.rtikel.com/3-cara-buat-bateri-laptop-tahan-lama/"

dan

http://www.pcworld.com/article/110590/mobile_computing_make_notebook_batteries_last.html

Thursday, July 15, 2010

Pembakar Lemang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum..

Tiba-tiba muncul di fikiran nak post mengenai pembakar lemang ni(sebenarnya idea datang ketika mana parents aku berbincang mengenainya.) Parents memang ada buat bisnes lemang bila bulan Syawal bakal tiba. So,buat keputusan untuk menulis. Kira nak promote la ni. Ye,mari2..boleh order lemang..boleh order pembakar lemang..Bukan lemang biasa2 ye..ini yang luar biasa..huhu.. Bukan nak menipu. Sememangnya cara membuatnya agak berbeza dengan yang lain. Kira yang moden punya la bukan tradisional. Tapi masih menggunakan bahan2 yang sama. Masih lagi menggunakan buluh. Masih lagi menggunakan beras pulut,santan dan bahan2 yang lain.



LEMANG COOKER



REVOLUSI TERKINI PEMBAKARAN LEMANG!!!


CEPAT DAN MUDAH!!


KINI TIDAK PERLU BERSUSAH PAYAH MENUNGGU


SEHINGGA 3-4 JAM


TIADA MASALAH ASAP


TIDAK MENGGUNAKAN AIR


KOS BAHAN API TIDAK SAMPAI RM 2.00 SEKALI BAKAR


LEMANG LAMBAT BASI BOLEH TAHAN 3-4 HARI


CARA PENGGUNAAN


· MASUKKAN PULUT KE DALAM BULUH DAN TAMBAHKAN SANTAN SERTA GARAM SECUKUP RASA

· MASUKKAN BULUH KE DALAM PERIUK BIARKAN 1-1 SETENGAH JAM

· API SEDERHANA/LEMANG AKAN MASAK SEKATA

Jadi,sesiapa berminat nak order lemang atau pembakar lemang boleh la menghubungi:-

En.Mohd Zain(019-5555078)


*Pembakar lemang ini ciptaan En.Hj.Abd Razak(sepupu diri ini). Ciptaannya ini telah memenangi anugerah rekacipta peringkat kebangsaan(kalau taksilap).



Saturday, July 3, 2010

Liqa' Dan Malam Rintihan Al-Aqsa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Ghana 2 - Uruguay 1..


wahh..betul ke ni? yes2!
Ghana layak ke separuh akhir.. huhu..
Malangnya itu hanya angan2 dan mimpi bagi peminat2 negara Ghana.
Perkara sebenar yang berlaku,Ghana telah tersingkir setelah kalah di tangan Uruguay di suku akhir.

Ghana 1 - Uruguay 2..(sob2)
Uruguay layak ke separuh akhir..














Sedikit selingan sebelum memulakan cerita.=)

Khamis,
kelas pada hari tu berakhir jam 1.30 p.m..Terus ke Masjid Azlan untuk menunaikan solat zohor bersama rakan-rakan yang lain. Setelah usai solat,ketemu rakan-rakan untuk mengingatkan mereka liqa' awal sem yang akan diadakan setelah solat asar petangnya..Sempat menjemput freshie untuk turut serta.
Seterusnya,ke sekolah harian untuk liqa' bersama pelajar di sana..penyertaan tidak memberansangkan tapi syukurlah masih ada lagi yang mahu mengikuti. Mungkin kekurangan dalam diri menjadi salah satu faktor liqa' masih bergerak perlahan. Berkongsi sedikit dengan mad'u mengenai isu palestin..Moga memberi kesedaran pada semua untuk berubah dan perbaiki diri untuk menjadi mukmin sejati. Doakan bersama.

Usai liqa',bergegas ke Masjid Azlan.
Perkara yang sama berlaku. Bilangan kehadiran yang sedikit melemahkan diri sebentar. Namun segera memohon ampunan. Perbetulkan niat. Bukan kuantiti yang dicari,tetapi kualiti. Bukan hasil yang dilihat,tetapi usaha untuk berbuat berdasarkan niat. InsyaAllah,akan terus berusaha. Bersyukur masih ada teman di sisi yang masih turut serta berjuang.

Hari beransur gelap..maghrib bakal menjelang tiba. Dapat mesej untuk bergerak ke program selepas maghrib. Terima panggilan dari rakan.

"assalamualaikum"

"waalaikumussalam"

"lepas maghrib ni free tak?jom ikut aku pergi program kat pekan ipoh."

"yup..free..Program pe?"

"Program Malam RIntihan Palestin. Taktau ke?"

"oo..tau2..Baru je dapat tau tadi."

"nak ikut tak?"

"jom..tapi.."

"kat masjid ni..boleh tolong ambik tak? hehe.."

"emm..ok2. tunggu kat masjid..lepas maghrib kami ambik.."

"ok..salam.."

Sedikit perbualan kami..alhamdulillah dipermudahkan urusan. Sampai di sana,program sudah bermula. Rasa gembira dapat bertemu ikhwah-ikhwah di sana. Secara tidak langsung menaikkan semangat untuk terus berjuang bersama mereka.

"Ya Allah,tetapkan hati kami atas agamaMu"

Sedikit gambar yang sempat diambil sepanjang program..


Selamatkan Palestin..artikel-artikel dari akhbar



Model Gaza dan Tebing Barat yang dikelilingi tembok



Suasana di bahagian pameran



Antara booth yang terdapat di sana.Hasil jualan akan disalurkan ke tabung bantuan untuk Gaza.



Suasana di program.Perkongsian dari seorang Dr. dari Palestin.



Khusyuk mendengar dan melihat slideshow.



Nasi Goreng.Singgah makan selepas program.Alhamdulillah.

Wednesday, June 23, 2010

Sesi Pendaftaran..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum..

Hari ni bermula sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar lama di PPUO. Terbahagi mengikut jabatan masing-masing. Nasib baiklah. kalau tak jenuh nak tunggu. tapi untuk jabatan aku pendaftaran bermula jam 11 pagi ni. fuh..kenape la tak bagitau awal2. penat aku siap je. Hmm..takpe2..boleh buat post baru..huhu..

Semalam,PSN yang terakhir sepanjang cuti semester(agaknye..)..alhamdulillah,segalanya berjalan..Kagum dengan ikhwah2 yang datang dari jauh..datang naik moto je..terpaksa berpanas/berhujan semata-mata untuk menghadiri program dan berjumpa dengan ikhwah2..cayyalaa..=)

First PSN buat di rumah akh amin, 2nd PSN buat dekat kilang coklat tasneem(akh rafizal punya) dan semalam buat di masjid azlan. Semalam ikhwah dari UTP datang untuk menggantikan akh amin yang tidak dapat hadir disebabkan masalah kesihatan. moga cepat sembuh..=(

Berkenaan ikhwah UTP,dapat je tugas untuk ganti..tup3..dah sampai dah..lagi awal dari aku..huhu..memang syadid!
aku datang dengan akh raffiq Uitm yang tinggal berhampiran dengan rumah+1 sekolah+1 kelas..=)

Disebabkan datang lambat tak sempat join tilawah bersama..terus dengar tadabbur dari ikhwah2..pastu,tazkirah dari akh faimai(mantap!huhu..) dan pengisian akh zubair(pun mantap gak)..semua mantap!.aku je tak..huhu..sebelum tamat,kami gi breakfast+lunch di restoran halimah bachik dekat taman cempaka yang dicadangkan oleh akh nabil..alang2 dah nak zohor..kami solat dulu di masjid azlan..ni baru last..lepas solat,kami bersalaman dan pulang ke destinasi masing2..

sekian sajalah post kali ni..ringkas saje..nak solat dhuha b4 pergi daftar..
insyaAllah akan ade post2 lain yang masih belum siap..

wallahualam..

p/s:zubair,ana da up-date ye..huhu..

Monday, May 31, 2010

Semasa : Dunia, tidakkah kau melihat mereka?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum w.b.t..

Diri ini dikejutkan dengan berita(sms) yang dikirim oleh ikhwah pada pagi tadi mengenai kapal LifeLine4Gaza yang turut disertai wakil dari Malaysia diserang oleh Zionis laknatulllah dan mengenai kesyahidan 3 aktivis dan 30 yang lain cedera. Dan kini angka bilangan syahid meningkat ke 16 orang manakala kapal pula dirampas. Tidak mahu mengulas panjang. Baca artikel Hilal Asyraf mengenainya..


May 31st, 2010
by Hilal Asyraf.

Dunia, apakah kamu tidak melihat? ~ Picture by Delt4 of Deviant Art


Saya masih ingat saat-saat intifada Palestin kedua bermula pada September 2000, saat pejuang-pejuang Palestina memulakan serangan menggunakan bom manusia, ada suara-suara busuk yang berkata:

“Apa la mereka itu, Israel juga manusia”

“Pengganas. Tidak berbelas kasihan. Tak ada common sense”

“Mujahidin ni pelampau. Ada patut sampai nak bom Israel. Tak fikir ke itu negara orang?”

Hari ini, berita telah sampai kepada saya bahawa Kapal yang membawa bantuan kemanusiaan bawah kelolaan projek Lifeline4Gaza telah diserang oleh askar zionis pada jam 10.30pagi Malaysia, 31hb Mei 2010. Memburukkan keadaan, sekurang-kurangnya 10 aktivis telah terbunuh manakala 30 orang pula tercedera.

Apa salah bantuan kemanusiaan itu? Adakah mereka membawa senjata? Apa salah orang yang terbunuh? Apa silap orang yang tercedera?

Dunia, saya hari ini saya ingin sekali lagi mendengar suara-suara kamu.

Apakah tidak kau melihat kepada mereka?


Itu kapal penyelamat, bukannya pembunuh.
Sungguh jelek sekali jika dunia hari ini mendiamkan diri mereka. Jika memang bisu tidak mengapa. Tetapi sengaja membisukan diri adalah perkara yang hina.

Kapal-kapal itu bergerak untuk merentas Gaza, kerana rasa kemanusiaan yang tinggi untuk membantu saudara-saudara seagama yang kesempitan dikepung dalam tembok kematian. Sungguh keimanan telah menjana ukhuwwah merentas sempadan sebagaimana yang Islam ajarkan. Mereka membawa bantuan-bantuan kemanusiaan yang selama ini tidak diberikan kepada penduduk Gaza.

Kapal-kapal itu, di dalamnya terdapat manusia-manusia yang ikhlas. Saya membaca satu penyataan menyatakan bahawa di dalamnya yang paling muda adalah berumur kurang dari setahun, manakala yang paling tua ada yang melebihi 80 tahun. Semuanya dengan ikhlas menyabung nyawa untuk membantu saudara-saudara yang ditinggalkan. Ditinggalkan Mesir, ditinggalkan Jordan, ditinggalkan Arab Saudi, ditinggalkan Syria, ditinggalkan Lubnan yang berada di sekelilingnya.

Kapal-kapal itu, di dalamnya tiada tentera. Hanya rakyat biasa yang mempunyai kefahaman dan rasa kemanusiaan yang melangkaui manusia yang hanya inginkan dunia.
Tetapi kapal-kapal itu diserang hingga menyebabkan ada yang terbunuh dan tercedera.

Oh dunia, tidakkah kau melihat kepada mereka? Negara yang bernama Israel itu dan apa yang dilakukan oleh mereka?

Sungguh jelek sekali jika dunia hari ini mendiamkan diri mereka. Jika memang bisu tidak mengapa. Tetapi sengaja membisukan diri adalah perkara yang hina.


Israel Zionis yang kamu pertahankan itu.
Wahai kamu kamu yang bersuara busuk selama ini. Yang menyatakan Israel Zionis juga manusia. Yang pernah berkata kepada saya bahawa Israel juga ada hak untuk mempertahankan dirinya. Yang pernah mengherdik saya menyatakan bahawa Israel juga ada hak asasi mereka. Yang pernah memarahi saya menyatakan bahawa Israel tidak patut diganggu dan sepatutnya berdamai sahaja dengan mereka.

Wahai kamu kamu yang bersuara busuk ini. Saya ingin kamu melihat apa yang berlaku hari ini. Israel Zionis yang kamu pertahankan itu yang menyerang kapal-kapal kebaikan hari ini. Yang di dalam kapal itu tidak mempunyai bala tentera untuk mempertahankan diri. Yang di dalam kapal itu tidak mempunyai senjata untuk digunakan apatah lagi diberi kepada mujahidin. Yang di dalam kapal itu hanya penuh dengan bantuan kemanusiaan berbentuk keperluan penting buat yang tersepit.

Israel Zionis yang kamu pertahankan itu, tidak segan silu terang-terangan menyerang kapal kebaikan itu. Lihatlah bagaimana mereka berkelakuan. Lihatlah bagaimana mereka membuat perhitungan. Lihatlah bagaimana mereka beradab dengan kebaikan.

Apakah satu perkara yang melampau memberikan bantuan kemanusiaan?

Lihatlah betapa kejamnya mereka dengan mata akal kamu yang waras.

Inilah sebabnya Mujahidin Palestin hingga sampai perlu mengebom diri mereka dalam menentang mereka. Sungguh, mereka itu gila tanpa jiwa. Inilah sebabnya tiada perjanjian damai lagi buat mereka. Kerana setiap kali berdamai mereka mengingkarinya.

Inilah dia Israel Zionis yang kamu pertahankan itu.

Yang kamu kata dia juga manusia.

Apakah kamu meragui kenyataan yang diberikan oleh Allah SWT?

“(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?” Surah Al-Baqarah ayat 75.

“Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)”. (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman. Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.” Surah Al-Baqarah ayat 89.

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” Surah Al-Baqarah ayat 120.

Kejadian hari ini adalah salah kamu

Kenapa Israel berani lakukan apa yang mereka lakukan hari ini?

Sebab selama ini dunia menutup mata dan membiarkan mereka. Sebab selama ini dunia menyokong dan terus menyokong agenda mereka. Dunia membutakan mata, memekakkan telinga, menyembunyikan tangan, dan berdiam diri sahaja.

Islam tidak diambil sebagai kehidupan. Palestina kamu pandang sebagai negara lain. Kamu tunduk pada kehidupan sekutu Israel. Kamu biarkan jiwa kamu terbius, kamu lepaskan anak-anak kamu juga turut terbius. Kamu pimpin negara kamu dalam tatacara hidup mereka melahirkan rakyat-rakyat yang juga terbius.

Salah kamu. Salah kamu. Salah kamu.

Sebab itu hari ini, mereka tidak segan lagi terang-terangan menyerang.

Berita saya dapat dari twitter sahabat al-aqsa adalah seperti berikut:

“Israel tetap menembakkan gas air mata…memaksa peserta Freedom Flotilla keluar dari kapal….KAMI TIDAK AKAN MENYERAH!! ALLAHU AKBAR!!!”

“Kira2 pkl4.30 am tadi,prajurit Israel turun dr helikopter kedek kapal Mavi Marmara,&lgsg menembaki orang2 sipil yg tidak bersenjata disana.”

Twitter ini disiarkan sekitar setengah jam yang lalu.

Ya, itulah dia. Seakan-akan Israel berkata dengan lantang: “Kami tidak kisah. Sebab apa pun yang kami lakukan, dunia tetap akan menyokong kami dan berdiam diri”

Oh kamu. Apa yang telah kamu lakukan? Tidakkah Allah sudah berfirman:

“Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya,” Surah Al-Anfal ayat 72.

“Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya(membiarkannya dalam penderitaan, memberikannya kepada musuh), tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali-). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim(apatah lagi menzaliminya, mengabaikannya dan mendustakannya)” Hadith yang ke-35 dalam Hadith 40 An-Nawawi. Hadith riwayat Muslim.


Kalaulah selepas ini dunia terus membutakan mata


Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya buta. Maka saya rela maafkan ketidak pekaan mereka. Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya kudung. Maka saya rela maafkan ketiadaan tindakan daripada mereka. Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya bisu. Maka saya rela maafkan kebisuan mereka.

Tetapi saya sangat maklum bahawa dunia ini mempunyai mata, tangan dan suara.

Sungguh, saya terluka kepada mereka yang tidak menghiraukan perkara ini walau sudah terjadi keadaan seperti hari ini. Saya terluka kepada mereka yang masih mengambil kehidupan musuh Allah sebagai peraturan hidup. Saya terluka kepada mereka yang masih mencanangkan bahawa Israel adalah manusia yang ada hak asasinya.

Saya terluka, kalau selepas ini, tiada apa-apa yang dilakukan oleh dunia.

Ini yang Israel lakukan, pada saat dunia semuanya sedang menyaksikan konvoi itu secara langsung. Ini yang Israel lakukan, walau konvoi itu diperhatikan secara LIVE melalui internet.

Bagaimana agaknya yang Israel lakukan terhadap penduduk Gaza, yang terputus dari dunia luar?

Kalau selepas ini akal kamu masih tertutup, maka ketahuilah bahawa kamu tergolong kalangan manusia-manusia yang hancur.

“Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” Surah Al-Anfal ayat 73.

Oh jangan risau. Kamu akan dihitung

Jangan risau wahai Israel Zionis. Juga jangan risau konco-konco kepadanya. Jangan juga risau wahai yang berkomplot bersamanya. Juga jangan risau kepada yang menyokong mereka.

Kamu semua akan dihitung. Kamu semua akan dihitung. Kamu semua akan dihitung.

“(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar; Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku”
Surah Adz-Dzariyyat ayat 5-6.

Tuhan saya, tuhan mereka yang berada di Gaza, tuhan mereka yang berada di atas kapal konvoi, tuhan mereka yang mati atas kezaliman tangan-tangan kalian, tuhan mereka yang tercedera apabila kamu merampas kapal, tuhan yang satu untuk seluruh ummat di dunia, juga tuhan kamu yang sebenarnya, Dia, Allah, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat Tiada Tandingannya, Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya, Pencipta Kepada Neraka, sungguh Dia akan menghitung kamu.

“Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami).” Surah Al-An’am ayat 158.

Saya bersabar jika Allah melambatkan hukumanNya ke atas kamu. Sungguh, itu tanda sinar kasih sayangNya buat kamu masih belum luput. Tetap Dia memberikan peluang seperti peluang yang Dia berikan kepada yang membakar Ashabul Ukhdud.

“Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat,(ini adalah tanda bahawa, sekiranya mereka bertaubat, maka mereka akan selamat) maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).” Surah Al-Buruj ayat 10.

Tetapi bila tiba waktunya, Dia akan menghukum kamu.

Tidak di dunia, di akhirat sana pasti perhitunganNya terlaksana.

Beratnya, hingga kamu bercita-cita bahawa kamu tidak pernah dilahirkan di dunia.

“Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)” Surah An-Naba’ ayat 40.

Takutnya, hingga kamu merayu dikembalikan semula.

“Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”
Surah As-Sajadah ayat 12.

Kamu tiada pengakhiran yang gembira, oh musuh-musuh Allah yang celaka.

Mati kamu di neraka, syahid kami di Syurga.

Mati kamu merana, mati kami disiram bahagia.

Kamu akan dihitung. Kamu akan dihitung. Kamu akan dihitung.

Dan saya berharap-harap, Allah akan menjadikan saya antara wakilNya dalam menumbangkan kamu di atas dunia. Ketahuilah, saya bukan manusia yang berharap sahaja. Saya manusia yang berusaha.

Penutup: Ini garisan antara kita.


Berdiam diri, atau melakukan sesuatu.

Inilah dia garisan antara kita. Yang membezakan orang-orang yang benar keimanannya atau yang palsu semata.

“Habis, apa yang boleh saya lakukan?” Mungkin itu yang anda tanyakan.

Macam-macam. Khas untuk konvoi, kita boleh solat hajat dan berdoa. Untuk perjuangan ini, kita boleh mula dengan ubah diri kita dan ajak manusia lain kembali kepada Allah.

Masalah Palestina bukan masalah kenegaraan. Masalah Palestina adalah masalah ummah. Perhatikan sejarah. Palestina hanya mampu aman apabila ummah berada dalam kondisinya yang terbaik. Zaman Saidina Umar dan zaman Salahuddin Al-Ayubi, kamu kajilah ummahnya bagaimana. Palestina hanya menderita, pada zaman ummah rosak dan berpecah belah. Selaklah sejarah, hari-hari Palestina ditawan semula dari tangan orang Islam dan bagaimana kondisi ummah ketika itu.

Ada yang berjuang mempertahankan Palestina dengan senjata. Mereka yang berada di dalam Palestina sendiri tidak henti-henti merawat jiwa-jiwa di sana. Ada pula yang berjuang seperti yang berada di atas Marmara Mavi, yang menyertai konvoi-konvoi keselamatan. Dan ada pula yang berjuang dari luar Palestina dengan merawat jiwa-jiwa ummah yang tercedera dengan jahiliyyah.

Tetapi berdiam diri, tidak termasuk salah satu daripadanya.

Sungguh, ini garisan antara kita.

Yang membezakan orang-orang yang duduk ketakutan, dengan orang-orang yang berdiri dengan yakin penuh keberanian.

“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah An-Nisa’ ayat 95-96.
_________________________________________________________
Rujukan berita dari:
http://twitter.com/freegazaorg
http://twitter.com/sahabatalaqsha
http://english.aljazeera.net/news/middleeast/
http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/05/201053133047995359.html
http://www.livestream.com/insaniyardim
http://www.facebook.com/pages/LIFELINE-4-GAZA-Break-The-Siege/358514058399

© 2010 Langit Ilahi | Powered by Ravi Varma

Macam mana?.Apa yang perlu kita lakukan setelah menerima/mengetahui berita seperti ni?.Setelah melihat aksi askar2 zionis di kaca televisyen yang menyerang para aktivis?.Sedih?.Bengang?.atau anda tidak punya rasa apa2. Lebih suka memikirkan masalah cinta dan hati yang terluka.

Majulah saudaraku..ayuh bangkit..Ubahlah dirimu..Marilah kita bersama melepaskan tembakan doa agar Allah melindungi dan membantu saudara2 kita di sana,moga Allah menghantar bala tenteraNya,dan menghancurkan bala tentera Yahudi laknatullah. Berdoalah..Doa itu senjata bagi orang mukmin. Andai doa tidak mampu kita hulurkan..malulah kalian..

kata-kata dari Akh Umair:

adakah mereka semua bakal diranapkan sekali!?
Na'uzubillah min zalik...

Tengok sahaja sejarahnya, cara yang yahudi zionis rancang sekian lama, menyebabkan semua kita 'buta', 'pekak' 'bisu' lagi 'kudung' dalam kehidupan kita yang kononnya serba cukup ni. Pada amatan aku,kalau diorg bantai habis LL4G tu pun dunia nk buat apa? Bukan mampu buat apa-apa pun.

Nanti orang sibuk boikot dalam 1 bulan..
Orang kecoh2 buat demo itu ini 1 bulan..
Surat khabar dan berita kecoh2 cerita ni 1 bulan...

Lepas tu? Kembali semula seperti sedia kala...
Inilah umat sekarang. Manusia sekarang. Hidupnya 'Aku dan Duniaku'..
Kerana 'duniaku' ada kawan-kawan yang sibuk-sibuk nak suruh boikot, dia pun boikotlah skejap..
Kerana 'duniaku' ada kawan-kawan yang sibuk-sibuk buat demo, dia pun berdemolah sekali..
Kerana 'duniaku' ada kawan-kawan yang sibuk-sibuk nak bagi ceramah, dia pun joinlah sekali...

lepastu kembali jadi perangai lama..
stay dengan 'Aku dan Duniaku'nya...

sedarlah wahai saudara-saudara sekalian...
Mereka diuji sebegitu rupa..
Si zalim dah bermaharajalela se'syaitan' durjana..
Dan dunia terus tahu 'mengutuk' dan 'mencaci cela'
Dan kita pula bagaimana?
Terus buat-buat tidak tahu sahaja?

Dan saudara-mara, abang, adik, kakak, emak dan ayah kita di sana yang seiman dengan kita terus disembelih...

"Tidak beriman seorang kamu selagi kamu tidak menyintai saudara kamu sebagaimana kamu menyintai diri kamu sendiri.." (Al-Hadith)

Wednesday, May 26, 2010

Berakhir Sudah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum w.b.t..

Syukur kepada Allah kerana diri ini masih diberi kesempatan untuk menulis..alhamdulillah,final exam dah berakhir dan berjalan tanpa sebarang masalah..cuma masalah nk menjawab je..huhu..

Untuk sem ni cuma 5 paper je..Mekanik Struktur,paper terakhir pagi tadi..hmm,risau gak la bila memikirkannya..soalan memang se'jibik' mcm quiz,test dan past year..tp agak blur2 bila menjawabnya..padahal da pernah buat da..sob2..sabar je la..dah berusaha,next,berdoa dan bertawakal kepada Allah..

"..dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.."(Luqman:17)

ni cuma sedikit ujian dariNya..hmm,mengenai UJIAN..Ingat,masih ramai lagi insan lain yang turut menerima ujianNya bahkan lebih berat dari ni..



Allah memberikan kemenangan,kesenangan,musibah dan segala macam untuk menguji tahap keimanan seseorang hambaNya..Sejauh mana keimanan mereka..keyakinan dan kebergantungan mereka kepada Allah..ketika mereka susah dan senang..dan yang pastinya sabar ketika ditimpa musibah merupakan sebaik-baik perbuatan..bersyukur ketika dikurniakan pelbagai nikmat satu perbuatan yang perlu dimiliki setiap muslim..

"..sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."(Az-Zumar:10)

"Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu(cubaan)sperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu.Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan,dan digoncang(dengan pelbagai cubaan),sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata,"kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."(Al-Baqarah:214)

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti Kami akan menambah(nikmat)kepadamu,dan jika kamu mengingkarinya(nikmatKu)maka sesungguhnya azabKu sangat pedih."(Ibrahim:7)

Muhasabahlah wahai diri..sabarlah tatkala musibah menimpa,syukur tika nikmat mencurah-curah. Moga nikmat ditambah,keimanan juga mantap..



Perlu difikirkan juga mungkin segala apa yang berlaku disebabkan oleh kesilapan diri sendiri..dalam kondisi diri aku,mungkin saja usaha yang aku lakukan masih tidak cukup..mungkin usaha yang dilakukan 'gitu-gitu hal je'(gaya cakap akh lan)..dalam kondisi masyarakat pula,gejala sosial yang menjadi-jadi dan penghayatan terhadap agama yang kurang..mungkin disebabkan dakwah yang dilakukan hanya sambil lewa..mungkin kerana kurang pendedahan agama dalam diri individu dan pemahaman terhadap agama yang salah atau mungkin diri sendiri yang tidak mahu/belum bersedia untuk ditarbiyah..hanya tahu membincangkan mengenainya tapi tidak mahu menyelesaikannya..Bencana alam dan pencemaran yang berlaku..mungkin disebabkan sikap manusia yang hanya mengikut hawa nafsu dan pentingkan diri tanpa mengambil kira akibat perbuatannya.







Segala kerosakan yang berlaku bukan kerana Allah itu tidak mengasihi manusia tetapi disebabkan oleh manusia itu sendiri..Dan melalui ujianNya,manusia diberi peluang untuk berfikir dan menilai sendiri bagaimana,punca berlakunya sesuatu perkara tu..dan dengan itu boleh melakukan perubahan.

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu.."
(Al-Baqarah:216)

hmm..berbalik pada entry asal..tamatnya final bermakna berakhirlah sudah Sem 2..Result dinanti-nanti,cabaran Sem 3 menanti..Cuti sem ni diharap tidak berlalu sia-sia..Perancangan akan dibuat..Cadangnya nak wat program untuk ikhwah poli..tapi ramai yang dah pulang ke kampung..Plan seterusnya,nak ziarah ikhwah(akh lan)..lama nggak ketemu..Seterusnya,kembali merapatkan ukhwah dengan rakan-rakan lama dan wat persediaan untuk sem 3..insya4jjl..=)


-ni je gmbr yg de..-

Wallahua'lam..

Wednesday, May 19, 2010

Salam Imtihan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Final Exam dah tiba!.
Selamat berjuang semua rakan-rakan di PUO,UTP dan lain-lain IPT..Tak lupa juga pada ikhwah-ikhwah sekolah yang akan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun..Moga Allah permudahkan korang untuk menjawab dengan jayanya,berjaya dan diberi ketenangan sepanjang minggu exam ni..amin..

Terima Kasih Guru..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Selamat Hari Guru..
-azaharuddin&azhar-

-Sending Text-

Ringkas saja mesej yang ditulis dan dihantar kepada guru2 yang pernah mengajar satu ketika dulu(mana yang de je)..tak setanding dengan ilmu dan segalanya yang pernah diberi dulu..tp hanya ucapan ini yang mampu bagiku untukmu guru-guruku..

Hmm..terbayang satu persatu wajah guru2 yang pernah bertugas di SKP dan SMKT terutamanya yang pernah mengajar kelas aku..ada yang sudah bersara..ada yang berpindah tempat bertugas..dan alhamdulillah,ada sesetengahnya aku masih dapat lagi berhubung dengan mereka walaupun tak sperti dulu..aku cuba untuk menjaga hubungan dengan mereka..kerana guru akan selama-lamanya menjadi guru bagi aku..hubungan dengan guru perlu sentiasa dijaga agar diredhai Allah dan berkat ilmu yang dipelajari..terima kasih guru kerana usaha gigih dan kecekalanmu dalam mendidik kami menjadi insan berjaya..

Jasamu tidak akan luput..
Terima Kasih Guru!!
-anak didikmu-



*lmbt skit update..hehe*

Thursday, April 15, 2010

Penubuhan IFC?.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t..Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat dan keizinanNya dapat lagi diri ini bernafas dan masih berkesempatan untuk membaca blog-blog ikhwah dan berkongsi sesuatu di ruangan ini..Terdetik di hati ni nak berkongsi mengenai isu penubuhan IFC..

Apakah Interfaith Commision (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam3 terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:
* Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
* Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.
* Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.
* Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN4 , JUST dan Sisters In Islam5 termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
* Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
* Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.


Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC? 6

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang- orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?

Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:


1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam.
IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan - Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri. 7
2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah.
Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:
* Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948
* Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)
* Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.
* Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama.
* Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti.
* Deklarasi Vienna dan plan tindakan.
Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.
3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja
Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.
4. Orang Islam bebas untuk murtad
Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama....(artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.
5. IFC berhak menentukan status agama seseorang.
Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.

Apakah sikap kita?

Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC.

-abim.org-

-dengar cerita sudah dipersetujui penubuhannya..sapa-sapa yang tahu mengenainya,inform ye..-

Monday, April 5, 2010

Ya Allah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Firman Allah S.W.T di dlm surah Ar-Rahman,ayat 29:

Semua yang ada di langit dan di bumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu ia berada dalam aktivitiNya.

Apabila laut bergelombang,ombak bergelora,dan angin bertiup kencang,semua penumpang kapal akan berteriak :"Ya Allah!"

Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir,kenderaan menyimpang jauh dari laluannya,dan para kafilah merasa kebingungan menentukan arah perjalanannya,mereka akan berseru :"Ya Allah!"

Apabila tertimpanya musibah,bencana melanda,dan berlakunya tragedi,mereka akan menyebut :"Ya Allah!"

Apabila pintu ditutup di hadapan pencari kerja dan tirai-tirai ditutup di depan orang yang meminta,mereka akan berseru :"Ya Allah!"

Apabila berbagai usaha tidak mampu menyelesaikan,setiap jalan terasa terhimpit,harapan terhenti,dan semua jalan pintas telah buntu,mereka akan menyeru :"Ya Allah!"

Apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul,mereka akan menyeru :"Ya Allah!"

Telah kukhabarkan kepadaMu
segala hal seperti cercaan.
Pekat dan wajah waktu lebih gelap berdebu.
Lalu kupanggil jelas namaMu
di waktu Subuh menanti dan setiap fajar menyinsing
selalu terdengar namaMu terucap.


Hanya kepadaNya sahaja yang layak dipanjatkan kalimah-kalimah yang indah,doa yang ikhlas,bisikan yang jujur,air mata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan,dan ratapan derita yang membingungkan.

Hanya kepadaNya kedua telapak tangan dihulurkan setiap kali menjelang Subuh,iaitu tangan-tangan orang yang memerlukan pertolonganNya,dan tatapan mata hamba yang penuh harapan,dan segudang benak yang bertanya tentang banyak peristiwa.

Ketika lidah bersenandung menyebut namaNya,memohon,mengharap dan memanggil. Dengan menyebutNya,di mana hari akan menjadi damai,jiwa akan terasa tenang,perasaan menjadi tenteram,saraf tidak lagi menegang,aqal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.

Allah,sebaik-baik nama,susunan huruf yang paling indah,ungkapan yang paling tulus,dan kata yang paling bernilai. BagiNya segala kekayaan dan keabadian,kekuasaan dan kekuatan,keagungan,kemampuan dan kebijaksanaan. BagiNya kebijaksanaan,pertolongan,keringanan,bantuan,cinta,dan kebaikan. Sang Pemilik segala keagungan,kewibawaan dan keperkasaan.

Sekalipun kulukiskan keagunganMu
dalam goresan
sebagai tanda kesucian yang mempererat jiwa
Engkau tetap Yang Teragung
dan tempat segala yang bermakna.
Ya Tuhan,hanya pada keagunganMu
segalanya terasa lapang.


Ya Allah,gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan,balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan,dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah,sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan,dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah,berikan rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam.

Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian,dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah,tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu,bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu,dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMu.

Ya Allah,lenyapkan segala keraguan dengan cahata mentari di ufuk timur.Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan secerah sinar kebenaran.Hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMu.

source;La Tahzan

Saturday, March 20, 2010

Seminar Profil Muslim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah kerana dengan kasih sayang yang diberi,diri ini masih dapat menghirup udara segar dan menjalani kehidupan seperti biasa. "Ya Allah,jangan Engkau biarkan diri ini lalai dari mengingatiMu setelah dikurniakan pelbagai nikmat."

em,nie sdikit crita semasa mengikuti program pada jumaat minggu lepas..

12.3.2010..
- bengkel paip hari tu,wt bebenang pada paip..kne hntar report lps cuti..yes,cuti!..balik,solat jumaat mcm biasa..pstu bersiap utk pergi program di seri iskandar..pada mulanya,ramai gak ikhwah yang nk pergi..last2 atas perkara yg xdpt dielakkan,pergi berdua je dgn akh azril..em,jauh perjalanan mlm tu ditambah dgn cuaca sejuk lepas hujan..nasib xhujan,kalau x konfem2 basah..alhamdulillah,kami sampai di masjid Seri Iskandar dgn selamat..kami smpai awal la kiranya..sbb akh faimy sorg je ade kt sne..rht jap,smbil mnunggu ikhwah2 lain smpai..peserta2 smua daripada ipt2 yg berbeza..UTP,PUO dan KMPK..ikhwah2 UITM xdpt hadir disebabkan hal2 yg xdpt dielakkan..program start dengan sesi ta'aruf..dan kami dibahagikan kepada 4 kumpulan..aku,akh amin baek,akh el hafiz,akh iman,akh azril satu grup yg sama..berlaku sdikit rombakan ahli..kami diminta utk memilih lagu utk program ni,cheer grup,dan ktua kmpulan..aktiviti malam tu berakhir dgn kemenangan berpihak kpd grup One Ummah(akh faimy).

em,pnt lak menaip..nk kne ringkaskan..

sambung..
keesokannya,kami bgun menunaikan solat sunat tahajud dan subuh berjemaah..slps sarapan,slot bersama timbalan mufti perak,Ustaz Zamri Hashim..slps tu,LDK 1(kuiz)dan LDK 2(bersajak)..kami memenangi kedua-dua LDK tersebut..Takbir!Allahuakbar!hehe..selepas solat asar berjemaah,aku dan akh azril mnyatakan hasrat utk balik atas sebab2 tertntu..sob2..xdpt riadah ngn ikhwah2 dan mendengar forum pd malamnya..yang mana,ikhwah indonesia turut hadir pd malam tu..i.allah,kte jumpa lagi pd program akn dtg..












Open Ur Eyes-Maher Zain

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Mari mentadabbur alam..

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Sunday, March 14, 2010

Result SpM!.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Congrats kpd calon2 SPM yg berjaya memperoleh result yg cemerlang..mne yg xbrape bgus tu..la tahzan ye..
Akh Arif MCKK,congrats ye! Bgga de ikhwah cm ntum..
dak2 skola tmbun..mcm mane rsult korg?.ke mana korg lps nie?.hrp2 korg wt pilihan yg tepat..moga2 korg success dlm pe bidang yg korg ceburi..yg amik degree dlm merempit n laen2 tu,moga2 korg kuar dari bidang tu..tak sesuai la ngn korg..amik bidang laen ye..=)

yg bakal menduduki SPM tahun nie..usaha sebaik mungkin!.gambate!.=)

Masa Cuti..bermanfaat atau sia-sia?.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..




masa cuti sudah bermula..bg sekolah dan sesetengah ipt..mgkin 1 mggu ni tdklah terlalu lama..tp dgn masa cuti ni lah mnjadi pnentu adakah kita ni seseorang yg begitu menghargai masa atau sebaliknya..adakah 1 mggu ni kita akn digunakan sebaiknya..atau dibiarkan berlalu sia2 dan kita menjadi golongan yg rugi..

"Demi Masa!!Sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal salih dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan
kesabaran."(al-asr:1-3)

Ada 4 golongan yang terselamat daripada menjadi manusia yang rugi iaitu:

1.Beriman
2.Beramal salih
3.Berpesan dengan kebaikan
4.Berpesan dengan kesabaran

Ibnu Qayyim di dalam kitabnya "Miftahu Daris-Sa'adah" menerangkan; "Kalau keempat - empat martabat telah tercapai oleh manusia, hasillah tujuannya menuju kesempumaan hidup.

1.: Mengetahui Kebenaran.
2.: Mengamalkan Kebenaran itu.
3.: Mengajarkannya kepada orang yang belum pandai memakaikannya.
4.: Sabar di dalam menyesuaikan diri dengan Kebenaran dan mengamalkan serta
mengajarkannya.

Hidup ini hanyalah sementara sahaja. Kerana masa terus berputar dan tidak pernah berhenti. Untuk mengejarnya kita akan tercungap-cungap keletihan. Untuk memintasnya jauh sekali. Tetapi untuk melepaskannya pergi, teramatlah mudah. Itulah kerja kita. Tidak hairan, apabila siang malam silih berganti, hari berselang seli, minggu terus memecut pergi, bulan bertukar nama , tahun menjelang senja, namun kerja kita terus menimbun. Hari ini tak siap, bawa ke esok. Minggu ini tak sempat bawa next week. Bulan ini tak jadi, tangguh ke bulan depan. Tahun ini tak tahu lagi, tengoklah tahun depan kalau jadi. Itulah kita. Tapi jarum jam terus berputar.

Berputar dan terus berputar. Meninggalkan detik semalam, kelmarin dan hari sebelumnya untuk melangkah ke hari baru, minggu baru, bulan baru dan tahun baru. Menjadikan kita semakin berusia dan dewasa. Ada yang sedikit geliga, mencuba ilmu awet muda. Tapi masa tak pernah menipu dan tertipu. Awetnya memang muda tapi usia tetap dewasa. Perasannya muda belia rupanya dah senja. Disuruh senyum, gigi pun dah tak ada.

Jarum jam berputar lagi. Untuk memberi peluang supaya kita berebut-rebut. Bukannya berebut harta. Kerana berebut harta samalah seperti kita menggali lubang yang kita berada dalam lubang itu. Tanpa kita sedari semakin dalam kita gali, semakin bahaya kita di dalamnya. Kerana itu kita disuruh rebut lima perkara ;

1.Hidup sebelum mati
2.Sihat sebelum sakit
3.Masa lapang sebelum sempit
4.Muda sebelum tua
5.Kaya sebelum papa

Jarum jam berputar lagi. Memberi peluang untuk muhasabah diri. Bertaubat kepada ilahi. Memperbaiki diri. Ya Rabbi,,,, Ighfir zunubi.. Sebelum diambilnya kita untuk kembali, marilah kita ikhlaskan diri. Perbetulkan nawaitu di hati. Bagi yg masih menuntut ilmu,tuntutlah ilmu sebaik mungkin kerana menuntut ilmu itu merupakan kewajipan kita semua. Jgn sia2kan masa yg ada. Jgn kita libatkan diri dgn perbuatan mungkar dan maksiat yg kini smkin berleluasa. Jadilah diri kita agen pemangkin yg baik,bukan pemangkin kpd gejala sosial yg sudah banyak di luar sana. Semoga amalan kita diredhai. Di hadapan Allah menjadi saksi. Apabila kita di sana nanti.



Sini disertakan cara2 utk kita menguruskan masa..moga2 bermanfaat..
1.Senaraikan tugas yg perlu dilakukan.
2.Pecahkan tugas besar kpd tugas kecil.
3.Laksanakan tugas mengikut kemampuan.
4.Jangan tangguh kerja.
5.Bersikap realistik dlm penggunaan masa.
6.Perancangan kerja mengikut kemampuan.
7.Sempurnakan tugas sebaik mungkin.
8.Sentiasa semangat dan tidak kenal putus asa.
9.Ukirkan senyuman dan berikan penghargaan kpd diri sendiri.

Imam Syeikh Hassan al-Banna dlm wasiatnya menyatakan kewajipan kita kepada masa..Dimaksudkan di sini adalah kita hendaklah sentiasa menjaga masa kita agar sentiasa digunakan untuk perkara yg bermanfaat dan tidak sia2.

Masa ibarat mata pedang,jika kamu tidak mencantas ia akn memotong kamu-Imam Syafie

"bertindak segera melakukan amal"-Nabi Muhammad

Ketahuilah: Sesungguhnya taubat yang diterima Allah hanyalah taubat orang-orang yang membuat sesuatu kejahatan kerana sebab kejahilannya, kemudian mereka bertaubat dengan seberapa segera. Mereka itulah orang yang diterima Allah akan taubatnya. Adalah Allah itu maha mengetahui lagi maha bijaksana.

Dan tidaklah taubat orang-orang yang berbuat kejahatan sehingga apabila seseorang itu berdepan dengan kematian, barulah dia berkata: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang! dan tidak juga diterima taubat orang-orang yang mati padahal mereka dalam kekufuran. Bagi mereka itu, kami telah sediakan azab yang pedih.(al nisa': 17-18)

Untukmu Muslimah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Wahai Muslimah2 sekalian.... Diri ini mengajak semua melihat kepada beberapa nasihat di bawah... Nasihat2 yg akan membuatkan anda kelihatan cantik.. luaran dan dalaman sehingga akhir
hayat insya allah...


1)Bagi mendapatkan mata yg cantik...
Tundukkanlah pandanganmu terhadap lelaki ajnabi..
ini menjadikan mata anda kelihatan suci dan bersih.. drpd dosa yg selalu menyapa matamu...
‘ dan katakanlah kpd mu'minah (orang yg beriman) tundukkanlah pandanganmu’...(An-Nur:31)

2)Bagi mendapatkan bibir yg menawan...
bercakaplah dgn penuh sopan dgn ahli keluargamu...
dan sahabat2 mu di kalangan para muslimah...
dan bercakap hanyalah untuk kebenaran dan keperluan...
apabila berhubung dgn lelaki2 yg bkh mahrammu...

sabda rasulullah yg maksudnya:Barangsiapa yg beriman kpd Allah dn hari akhirat..maka hendaklah ia berkata yg baik ataupon diam...
(riwayat bukhari&muslim)

‘dan janganlah kamu merendahkan perkataanmu maka menyebabkan keinginan orang yg mempunyai penyakit di dlm hati mereka...'



3)Bagi mendapatkan pipi pipi yg gebu...
pastikan haya' bersamamu selalu..
jadikan malu sebagai pelindung pipimu dr penglihatan orang...

sabda rasul: haya'(malu) tidak akan menghasilkan apa2 kecuali kebaikan semata2...
-riwayat bukhari&muslim


4)Untuk kelihatan segar dan berseri...
senyumlah selalu kpd keluargamu dn sahabat muslimahmu...

berkata Abdullah bin Harith: aku tidak pernah melihat org yg plg byk senyum selain Rasulullah..



5)Untuk membuang segala kekotoran dr mukamu...
perbanyakkanlah istighfar...
dan pastikan wudhu' membaluti dirimu sentiasa...
insya allah ia akan membebaskanmu drpd dosa2 mu yg lepas...

Allah berfirman yg,
Maksudnya: Sesungguhnya allah suka akan mereka yg bertaubat dn mereka yg suci...(Al-Baqarah:222)


6)Untuk mempunyai rambut serta kulit yg cantik....
pastikan ia selamat dr pndngn ajnabi..
agar ia tidak dirosakkan oleh mata2 yg memandang...

sabda rasul: barang siapa yg mendedahkan di sebalik pakaiannya kpd selain suaminya,maka dia telah memecahkan perlindungan Allah terhadap dirinya-(Abu Dawud&Tarmizi)


Hiaskanlah tangan2mu dgn sifat rendah hati...
janganlah berasa ragu2 untuk menghulurkan pertolongan...
kpd sesiapa yg memerlukan...


Dan untuk mempunyai otak yg cergas serta badan yg cerdas...
rajin2kanlah diri untuk bngun solat tahajud...
dan sentiasalah memberi ruang di dlm minda untuk Allah...
Sentiasalah bersegera untk memberikan kemaafan...
kpd orang yg sudah mengguris hatimu...
dan bersabarlah apabila ditimpa dgn ujian...
berterima kasihlah kpd Allah atas ujian tersebut...
kerana balasan bg kesabaran amatlah besar...


Wahai Muslimah dn akhwat ...
Insya allah jika kamu mngikuti nasehat ini...
kamu pasti akan kelihatan indah,
indah rohani,indah jasmani...
indahlah hidup ini...
Sabda Rasulullah: Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan ialah wanita solehah... -(riwayat muslim)

Wednesday, March 10, 2010

story2..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


alhamdulillah,hari ni dpt aku tunaikan solat tahajud dan subuh..i.allah,akn tr0s istiqamah..

test ukur td,hmm..xde pyh sgt..cehh..brlagak ye din!.
yg k0 wt silly mstake 2 apsal..huhu..mcm mne la bleh silap td..em,xpe2..da lepas..len kli jgn wt lg..

lps test ukur,rehat..xrhat p0n,gi surau utk dhuha..pstu msuk kls..kne awl skit kls aturcara ni,klu x kne halau kuar la jwbnye..tp stkat ni xpnh lg..hehe..lectrur ni mmg best..tp die ajr kjp je,pstu bersara..bila tanye pe plan cuti pnjang nie,menoreh katenye..smoga sht slalu dan sntiasa dlm redha Allah. Terima kasih ye kerana mngajar kami..jasamu dikenang..=)

lps kls aturcara,kls math lak..
em,sbjek yg d'tggu2..mmg best!. alhamdulillah,pe yg die ajr slame ni,sng je msuk..mybe cara pngjaran die yg baek, tak membebankan dan di+ dgn pengisian yg melahirkan kesedaran & rasa keinsafan..cm kls agma lak rsenye..lect. nie tggl kt Bandar U,seri iskandar..berulang tiap2 hari ke poli..jauhnye..naek moto lak tu..pnh pagi satu hari tu ujan, terpaksa tggu ujan reda..lmbt skit la hari tu..em,ujian2..slalu gak jmpe die,tnyekan ppe yg xphm mngenai sbjek dan pengisian die..dan meleret la perbncangan tu smpai xsempat mkn(if tghari)..hehe..maaf ye Mr. Tp kls hri ni,CANCEL..then,sume balik..

Jam mnunjukkan pukul 12.30 cmtu la..
Buat kputusan utk pergi ke skola lame aku kerana telah diamanahkan utk follow up dak2 skola dan setup halaqoh..Call sorg ikhwah yg ditugaskan bersama aku utk wt halaqoh di skola tersebut tp die de hal yg tak dapat dielakkan..jadi tak dpt join skali..kmi(ikhwah laen) pun tros bergerak ke skola trsebut..smpai2,tengok surau xde org..awl sgt ke..em,wt kputusan tggu jap..jln2 sktar skola..cbe call dpe,kot2 de yg da blik..n tpat sgkaanku,dpe da blik..huhu..dan sperti biase,halaqoh cncel....s0b2..sbr je la..dan,hari tu nmpak la guru yg pnh mngajar aku smasa di tgkatan 3,Pn.Salmiah..tp xsmpat tgur..dan nmpak la knalan yg msih brskola dan dak2 sesi ptg..jnior2 la kre..hehe..pstu,kami balik...skola baek2 ye..moga cemerlang dunia dan akhirat..=)

thts all 4 today..

Saturday, February 27, 2010

Logo Bank Negara..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Salam..Terdetik kt hati ni nk berkongsi apa yg lecturer aku smpaikan ritu..
Perasan x semua pada logo bank negara kita?.De gambar pe?.Kijang?.Rusa?.lagi..?perhatikan bt0l2...




kalau nak tau,pe yg terdapat pada logo bank negara kita ialah bulan dan matahari..dan juga seekor anjing!.percaya x?.caye la..xtipu nie..sbb kalau rusa@kijang xkn la ekor nye pnjang..kn2?.xpnh lak jmpe sblm nie..

Utk makluman semua,bulan dan matahari merupakan sembahan masyarakat pada zaman dahulu..ataupun lebih dikenali masyarakat yg menganut agama pagan(menyembah alam)..Manakala anjing itu pula kelihatan sperti PharaohDog/PharaohHound yg merupakan lambang kpd Mesir Kuno...adakah satu kebetulan atau mmg ditetapkan?.


-PharaohDog..bandingkan anjing nie dgn lambang tu..agk same kn..-

Hmm,cuba kita fikirkan sejenak...

Monday, January 18, 2010

2nd sem start..halaqah ditangguh..=(

Assalamualaikum w.b.t..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Bersyukur kepadaNya atas nikmat yang diberi terus menerus selama ini kpdku walaupun sedikit skali aku bersyukur..aku masih diberi peluang utk bernafas pada hari ini dgn nikmat kesihatan dan nikmat yg terbesar skli iaitu Islam&Iman..Moga dgn peluang dan nikmat yg diberikan ini dapat aku manfaatkan dgn sebaik mungkin..

Hari ni mula r balik sesi pengajian aku di PUO(akn dinaik taraf ye..) da start r 2nd sem aku..dan mula r kembali gi kelas cm bese..2nd sem ni,aku berazam nk dpt rsult cmrlang gak..nk dpt anugerah!. i.allah aku bleh!.=)

Pagi td,aku gi kelas ngn kwn aku,iqRam..sem 2 ni mybe aku berulang dri umh ke kmpus ngn dye..cdgnye nk amik umh sewa..xtau r cmne..xknfem lagi..sgn gak r sbb mnumpang org..lesen xamik lagi..ish3..msuk duet ptptn nnti,nk smbung wt lesen gak..dpt L moto pun jadi r..sng nk g kelas,g ziarah ikhwah n senang nk wt hlaqah..td g kelas jmpe r blik kwn2,tp de 2-3 org yg pndah kelas sbb kne carry paper..moga k0rg tabah ye!.

Utk sem 2,de 10 sbjek..mekanik struktur r,aturcara..,ukur 2 n len2 r..dgr n tg0k cm pyh je..rs0w gak hati ni..tp aku akn cuba wt yg trbaik..blm cuba,blm tau..(btolx3..) Lcturer lak,stakat ni bru jmpe sorg yg kekal ngajar kami..En.Muhammad..besh dye ajr..siap de story2 lg..haha..jadual kelas lak,padat skit brbanding sem 1 ritu yg byk rlek..dpt tgok jdual td,tros aku cri masa yg sesuai utk wt hlqah n fllow up dak2 skola..mula2 da 0k da..tbe2 lak lcturer tuka wktu..abs sume..

Sptotnye,mlm ni de hlaqah tp ditgguhkan disebabkan aku..=(
aku xdpt green light dr parents..
-dpe rsow stdy aku,n mcm2 lg..
n s0k jdual padat(xpe lg..bleh je)..
dan disbbkan itu aku mntk tgguh hari len..xpt0t t0l..
ptotnye aku kne pndai nk manage mnde ni..terangkan kt prents n len2 lg..
mcm mne aku nk uruskn org lain sdgkn diri aku pun xt'urus lagi..ish3..
sdgkn tersusun urusannya slh stu dri 10 muwasafat tarbiyah yg perlu ada dlm diri seorang da'i..=(

Tutt2..tutt2..

M: assalamualaikum..
A: waalaikumsalam..afwan khi,ana xdpt dtg mlm ni..xdpt permision r dr mak ayah..
M: em..ntum skrg ktne?.xddk umh sewa?.
A: ana kt umh..l0m lg..skg ni pon dpe cm xykin je nk bgi ana ddk umh sewa..
M: ana xksh ntum nk berulang..tp 2 r,ntum xde knderaan..b'arap kt org..ssh khi..lg 1,cmne ntum nk wt kje dkwah..ni pun hlaqah da de msalah..
A: em,dpe rsow khi ana aktif sgt..tkut ggu study,nnti xdpt ctch up..
M: rsult ntum ritu cmne?.
A: alhamdulillah..ok..
M: ha,bgs r..khi,mmg kte kne stdy..tp krja dkwah kte kne wt gak..
A: em,ye..ana phm..nnti ana akn cube pjuk mak ayah ana..xdpt umh sewa pun xpe,dpt berulang sndri pun da ok..
M: cmne mlm nie?.
A: ana mntk tgguh ye..afwan..
M: em,yg len2 cmne?.leh ke tgguh hri len?.
A: ana da bgtau da..dpe bleh..
M: em,ok..assalamualaikum..
A: Wasalam..

tutt..


sdkit perbualan kami...
kecewa melanda diriku..1 keadaan yg xdpt aku elakkan..mnde ni pnh diceritakan oleh murabbi aku n kini mnimpa diriku.."ntum kena pndai urus prkara ni..kena jage hbungan dgn mereka dan wt juga krja dkwah.." terngiang kata2 ini di tlinga..



Ya Allah,ampunkan dosaku..kerana diriku usaha dakwah terbantut..
ya Allah,bantulah aku dlm mmperbaiki diri..permudahkanlah segala urusan hidupku..lembutkan hati kedua ibubapaku..limpahkanlah kasih sayangMu kpd mereka dan berikanlah petunjuk kpd kami..




i.allah,akn aku cuba mengubah diri ini kpd lebih baik dan tdk lagi mnjadi beban kpd dakwah..

Saturday, January 16, 2010

Assalamualaikum w.b.t..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana limpah rahmat dan kasih sayangNya aku masih diberi peluang untuk bernafas lagi dan meneruskan kehidupan harian..kehidupan sebagai seorang hamba sperti hari2 yg lain dgn kurniaan anugerahNya yg tak ternilai iaitu Islam&Iman..
"ya Allah,masukkanlah aku dlm g0longan yg slalu brsyukur kpdMu.."

hari ni hari sabtu..aku pergi s0lat berjemaah sprti biasa..suasana sbuh sgguh sejuk..sgar rasanya mata yg sblum ni masih mngntuk..tp perjalananku ketika hendak ke masjid subuh td sunyi..selalunya de bdk2 sk0lah yg sedang menunggu bas,dan berbasikal ke sk0lah..tp hari ni mungkin mereka sdg nynyak tidur..ye r,qadha r katakan..kalau time sk0la kena bgn awai..dan prkara ini,aku pun prnah mngalaminya..teringat pula masa mula2 bersk0la sesi pagi..
time 2 sk0la rndh..bgn awai pagi,siap2 pastu tnggu bas kt dpn umh..masa tu sbuh jgn ckp la..slalu sgt miss(xpnh xmiss)..ish3..bas smpi,kteowg(aku dan abgku) naik..suasana dlm bas snyi je..biasa r,awai pagi..msing2 masih diselubungi rasa mngantuk..tg0k rmai yg smbung tido blik..aku pun yg msih mamai2 pun turut serta smbung tido blik..hehe..time blik,berbeza dgn paginya..riuh rndah dlm bas smpai pmndu bas(mak cik t0n n her fmily) pnin tg0k kami..haha..

dan mcm2 lagi krenah smasa di alam persekolahan yg kdg2 dtg bermain di fikiran..
subuh td,bilangan jemaah yg dtg smakin meningkat..kalau dulu dlm 1 saf je..skrg da smpai 2 saf..alhamdulillah..moga2 lebih ramai lagi yg timbul kesedaran dlm diri akan pentingnya solat berjemaah..bkn s0lt jumaat je..s0lat2 yg lain pun kena jaga juga..
moga2 juga aku tergolong dlm golongan yg istiqamah beribadat kpdNya..

lps s0lat sbuh,aku bercdg nk tido blik..tp aku ketepikan niat utk tido.."nnti2 pun bleh tido,"pujuk hatiku..dan aku terus mngisi pagiku dgn zkir2 mthurat dan memohon ampun dariNya atas kslahan2 yg prnah aku lakukan..trlalu byk rasanya d0sa yg aku lakukan..xterkira..nmun "pengampunan Allah lebih besar dari dosamu" h.r ath thabrani dan al-baihaqi..m0ga Allah mengampunkan d0sa2ku dan d0sa sluruh hambaNya..

stlah slesai mmbaca al-mthurat,mak aku mnyuruh aku utk mmbeli srapan..aku ke gerai yg berdkatn dgn umh spupu aku..aku msih igt,wktu kcik2 dlu gerai ni la yg slalu aku knjung..mgkin disebabkan mulut mkcik yg pndai berceloteh 2 yg menarik perhatian..hehe..dan kali ni,aku pergi ke gerainya lagi..tp stlah brtahun-tahun lamanya xpergi..dlm 5 thn cmtu..aku tg0k mkcik 2 msih sperti dlu..aku pun order r mcm biasa.."assalamualaikum..mkcik,bagi nasi lemak 5 bngkus dgn kripap rm3 ye.."
mkcik tu p0n bgkus r smbil smbang2 dgn kwnnya..stlah lama aku kt situ..tiba2 je dye tnya.."kamu ni ank yati kn?.yg kcik2 dlu slalu dtg sni.."
aku pun mngiyakan r smbil tersnyum2..haha..dan kami pun start r smbang..
xtau r..aku rasa sonok sgt masa 2..dan aku sedar yg aku harus mnjaga hbungan aku dgn knlan ibubapaku dan sedara2..kerana itu merupakan 1 tggungjwb seorg ank..
i.allah,akn aku laksanakan segala tggungjwb aku sbg ank,pljar,suami(blm lagi..haha)..dan hmbaNya dgn sbaik mgkin..=)

"ya Allah,permudahkanlah segala urusanku baik di dunia mahupun di akhirat kelak..dan ampunkan segala dosa dan ksilapan ku dlm mnjalani khidupan"
"perkenankan d0aku ya Allah"..amin...

Monday, January 11, 2010

-Remaja-

Bismillahirahmanirrahim

.::Kekuatan sesebuah negara dpt dlihat pada kehebatan remaja2 nye::.

Hurm...remaja..sapa remaja ni??Bia aku tafsirkan dlu mengikut kefahamn aku sndri..Remaja pada aku ada org yg tidak tlalu muda ataupn terlalu tua..Pada usia mereka,mereka mempunyai kudrat yg pling tinggi dlm hayat mereka..Leh dikatakan remaja ini adalah org yg berumur dr 15 ke 23 tahun..secara average nye la..

Untuk post kali ini,bukn la niat aku untuk mentafsirkn apa itu remaja,..korg pn leh cari..kamus ada ,internet ada..Niat di hati mayb ingin mengupas serba sedikit kehidupan para remaja Islam skang..

Honestly,cuba korg renungkan balik..ble dsebut perkataan remaja,apa yg leh korg bayangkn..Aku honestly ble terdengar pkataan remaja,dlm otak den ni haa,trus berpikir tentang keruntuhan akhlak dan masalah sosial di kalangan Remaja kita..Contoh2 masalah sosial yg aku terpikir:

1. Pergaulan bebas
2. Mat rempit
3. Penyalahgunaan dadah
4. Seks Bebas
5. Fesyen yg melampau2

Aku tidak mahu menjadikan post ini,untuk menghentam golongan2 remaja smata2..aku sendri seorg remaja..aku ada ramai kawan yg seumur denganku..Aku mengharapkn post ini,mayb sbg satu method untuk membuatkn kita smua berpikir,realiti kehidupan kita skang..Khidupan di akhir zaman..

Pergaulan bebas
Rasa sume da sedia maklum dgn masalah ini..Takyah p jauh2..just tgk kt sekeliling kita..betapa hebat,berapa intim nye pasangn2 bergaul,di khalayak ramai...mereka mungkin shj mempunyai perasaan malu itu..tapi perasaan malu itu,sering sj di tewaskan dgn 'kehangatan' cinta,'kelembutan' kata2 pasangan itu berbicara..kadang2 kita merasakan,pasagn merpati yg sering sj kelihatan di tmpt2 awam ini,sbg perkara biasa..masyaallah..kdang2 mereka dgn slambanya berdua duaan dtempt yg sunyi..haa,tang situ la syaitan mula memainkn peranannya,sbg org ketiga..sikit2 dihasutnya psangn2 itu..Akhirnya???lahirla generasi baru yg tidak berbapa(pd sjil kelahiran la)..adakah generasi2 mcm ni akan mewarnai masa depan negara kita???

Mat Rempit
Apa slh mat rempit ni?.dorg just bwk moto je..cume laju skit je dr org len..hurm..pada aku,dorg ni silap ble dorg wt kecoh,p racing tgh2 malam..n kebiasaannya,korg leh a tgk,masalh2 sosial len kt situ..laki pompuan bebas bgaul,..judi,arak2,dan mungkin sj penzinaan..masyaallah..dan yg pling jelas skali,sudah tentu la remaja yg involve ngan mende2 ni..xkn org2 umo da 50an plak kn..huhuhu...Aku sebenarnya tak menyokong industri perfileman skang ni...yg malaywood a...tayang cte Rempit,Impak Maksima,Bohsia la..memg la bgs kasi pengajaran,tp takyah a sume nk wt cte cmtu..mcm mana ngan dak2 kcik yg sedang mula blajar dgn persekitarannya??dorg akn pk bhw,inilah lifestyle org melayu..pastu adegan2 18sx mst a mau tnjuk nye..klu x,mst tak pnuh panggung nye..pompuan2 kompem a bju takat pusat..lengan takat ktiak jek..takkn nk pki jubah time cmtu..ble dtanya, 'saya cume menghayati watak'..Hurm..

Dadah
Penambahan bilangan doktor di Malysia sgt mengagumkn..tp knapa krajaan still nk kn doktor2 di Malaysia??demi menepati nisbah 1doktor 500 pesakit klu tak slh..sbbnya,most of the doctors,sume yg dok blakng kdai1 kosng...huhuh..dan yg menyedihkan,leh dkata 90% drpdnya adalah org Melayu..Benarlah kata Dr M,Melayu mudah lupa..bak kata hang tuah,takkan Melayu hilang di dunia..tp cube pk balik,adakah hang tuah akan mengatakn mende yg sama klu dia tgk keadaan skang??mungkin sj dia akan kata 'Hilanglah melayu dr dunia'..dadah memg tak slh utk dpakai..aku pn guna dadah bila batuk..tp jd salah,ble dslah gunakn ..sedih ble tgk pnagih2 yg dtangkap,kdang2 berbaju skola..huhuh

Seks Bebas
Ni ada gak a pkaitan ngan isu2 di atas..ada survey dilakukan,dsbuah skola d Selangor..soklan tu tnye,pernahkah anda melakukn hubungan seks luar nikah??'-mst la luar nikah,mana ada dak2 skolah da kawen..dan result yg sgt mengejutkan..hampir 90% mengatakan mereka pernah melakukn seks..masyaallah..apakah ini???huhu..generasi2 muda skang..ni la natijahnya bila asyik tgk muvie import dr luar,yakni milik dan rancangan Yahudi tok merosakkn umat Islam..cte penuh ngan aksi menghairahkn,kdg tak ptot ada scene tu,tetiba je dia selit kn..ngan penjualan video lucah scara meluas..huhuh..

"Maka pernahkah kamu melihat org yg menjadikan hawa nafsu sbg tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dgn sepengetahuannya dan Allah mengunci pendegran dan hatinya serta meletakkn tutup di atas penglihatannya??Maka siapakah yg mampu memberinya ptunjuk stelah Allah membiarkanya sesat.Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran'[45:23]

Masyaallah..

Fesyen melampau2
Bila kita ke pusat membeli belah,tuk berbeli belah..mcm2 la ragam yg dpt dlihat..pakaian2 nya...fuiyoo..dasat2..pakaian yg aku tak penah nmpk pn,tetiba ada..hahah..aku p pusat membeli belah,tp mcm2 pusat leh aku tnampk..masyaallah..Ni aku pinjm cte dr Hizul,tgk dak2 skang pki anting2...kt mana dorg ltak???telinga tu memg a..tp yg ltak smpi pnuh satu telinga tu pahal..adoi ai..pastu letak kt Hidung,kt bibr la,kt lidah la..yg aku tau,sejak kecik ke besar,yg aku nmpk mende pki anting2 kt idung ni,cume lembu smata2 jek..asal kita merendahkn taraf kita ke tahap pling rendah..setaraf ngan haiwan..tau la...surah pling pnjg dlm Al Quran,al Baqarah..(Lembu)..tp Allah suh bela lembu,suh gunakan daging dan susunya..bukn suh kita ikot lembu tu..huhu..Islam agama syumul..sume da dsediakan ..guildline dlm bhias pn ada..knapa kita masih trikut2 dgn org Barat???huhuh...skali lgi org yahudi bjaya..

Kamon la remaja2 Islam,ayuh kita sesama pikirkan...knapa kita hidup kt muka bumi ni..kenapa kita dlahirkan??adakah kita merasa bangga dan merasa hebat,berasa mulia melakukn perkara2 di atas??xboleh lg ..xboleh2

'...... Sungguh org yang paling mulia di sisi Allah ialah org yg pling bertakwa.Sungguh Allah Maha mengetahui,Maha Teliti"[49:13]

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaku"[51:56]

Cuba kita muhasabah diri balik,bagaimana keislaman kita..Abdullah b Ubai,Munafik d zaman Rasulullah S.A.W,telah duduk di masjid dan membaca AlQuran dari zhor hingga Asar..Bagaimana ngan kita??lemahnya diri ini ya Allah..

Generasi2 remaja pada zaman Rasulullah S.A.W telah menunjukkn kehebatan mereka,skaligus membantu perkembangan Islam..Muaz b Amr..telah join Perang Badar seawal umur 14 tahun dan dgn beraninya bertanya pada Abd Rahman,mana Abu Jahal..beliau dgn sbulat tekad mahu membunuh org pling berpengaruh di Mekah ketika itu..kita pada umur 14??di manakah kita??masih sibuk dgn Digimon??Gameboy??Yg dok asrama,masih menangis2 ble mlihat ibubapa pulang??jauh btol beza kita dan generasi remaja pada zaman Rasulullah..mereka memg superb..memg hebat..memg susah kita nk capai..tp tak bermakna kita tak perlu berusaha ke arah tu..

Rasulullah bersabda:
Pada akhir zaman kelak,org len akan mengerumuni umat Islam seperti org lapar mengerumuni makanan..Sahabt bertnye:adakah bilangan umat Islam ketika itu sgt sdikit ya Rasulullah??..Tidak..pada ketika itu,bilangan kamu sgt ramai..tp umpama buih2 di lautan..Rasa takot ditarik dari mush2 Islam,dan diletakkn pula wahan di dalam hati umat Islam..'Apakah itu wahan ya Raasulullah'

"Cintakan dunia,dan takutkan mati"

-akh amin baek-