Saturday, August 7, 2010

Persediaan Menjelang Ramadan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah. Syukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memberi kita kesempatan untuk terus hidup dan melalui bulan Rejab dan Syaaban. Dan tidak lama lagi,Syaaban bakal menutup tirainya dan Ramadan kian menjelang. Moga kita diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yang dinanti.

Khutbah jumaat tadi,saya dengar dengan teliti. Ia menyentuh tentang bulan Ramadan yang bakal tiba. Bulan di mana seluruh mukmin menanti kehadirannya kerana berkat dan segala keistimewaan yang terdapat di dalamnya. Bulan yang digelar sebagai madrasah bagi setiap muslim kerana di waktu ini kita diuji dengan lapar dahaga dan segala macam ujian untuk kita mendidik diri kita melawan nafsu yang sudah 11 bulan ditarbiyah oleh syaitan. Dan pada bulan ini,segala amalan yang kita lakukan akan dilipatgandakan dan dosa-dosa lalu akan diampunkan. Maha Suci Allah. Betapa kasihnya Allah kepada kita dengan kurniaan yang istimewa ini. Betapa rugi pula bagi siapa yang tidak mengambil peduli. Jadi,bagaimana persiapan kita untuk menghadapi Ramadan?.Sudahkah kita bersedia untuk menahan diri dari memenuhi perut yang lapar dan tekak yang dahaga? Mampukah kita melawan nafsu dengan ketiadaan syaitan? Masih kita ingat lagi rukun-rukun dan syarat-syarat puasa dan segala amalan sunat yang lain?

Jadi,saya bawakan artikel ini untuk manfaat bersama.
Sumber:iLuvislam.com


Persiapan Ramadan


Kurang daripada seminggu lagi, umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, Ramadan Al-Mubarak. Bicara soal sambut-menyambut tentulah perlu ada persiapannya. Sepertimana kita hendak menyambut kedatangan YB ke tempat kita. Mungkin ketika ini ramai orang sudah membuat persiapan bagi menyambut ketibaan Ramadan. Namun, persoalannya bagaimanakah persediaan itu?


Persiapan yang mesti dibuat hendaklah merangkumi persiapan fizikal, mental dan ruhani untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak.



Apakah persiapan fizikal?

Persiapan fizikal bukanlah "pulun" habis-habisan sebelum menyambut Ramadhan. Bukannya memastikan perut mampu bertahan menghadapi Ramadhan dengan bekalan makanan yang menjadi isi perut sehingga bertambah beberapa kilogram berat badan!

Persiapan fizikal ialah melatih diri berpuasa. Sebagaimana kita perlu warming up atau stretching dahulu sebelum masuk gelanggang. Hal ini bagi memastikan kita bersedia dan biasa dengan keadaan berpuasa. Menahan lapar dan dahaga dan banyak mengerjakan amal soleh. Bahkan, berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban amat digalakkan dalam Islam. Sunat. Rasulullah tidak pernah berpuasa lebih banyak pada bulan lain melainkan Syaaban. Kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik supaya mampu berpuasa dengan sempurna. Alangkah ruginya jika kita mendapat sakit di bulan Ramadan sedang orang lain ralit berpesta ibadah. Sudahlah bulan lain tidak banyak amalan kita. Malangnya, bulan yang digandakan pahala ini juga kita tidak dapat mengerjakannya. Apa lagi yang ada pada kita untuk berdepan dengan Allah di hari Akhirat?


Persiapan yang kedua ialah akal.


Persiapan akal ialah kita sudah bersedia dengan ilmu. Ramai orang berpuasa tetapi punyai ragu-ragu dalam berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan. Ada yang tidak mengetahui apakah ibadah-ibadah yang afdal di bulan ini. Inilah perlunya persiapan ilmu. Lebih teruk lagi, ada yang melakukan persiapan untuk menghadapi hari-hari puasanya yang tentunya banyak masa lapang dengan membeli DVD pelbagai cerita; cerita Korea, Hindustan, Sepanyol, Amerika, cerita lawak dan entah apa-apa cerita lagi. Supaya diri tidak merasa bosan sementara menunggu waktu berbuka. Inilah yang diisi dalam kepala otak mereka!

Alangkah baiknya jika ia diisi dengan ilmu ukhrawi dan ilmu duniawi yang bermanfaat. Hari ini pelbagai jenama penerbit buku telah mengambil inisiatif untuk highlight buku-buku yang khusus bagi bulan-bulan tertentu. Contohnya bulan Ramadan bakal tiba ini, ada flyers khusus senarai buku-buku berkaitan Ramadan. Ada juga kedai buku yang membuat rak khas buku-buku Ramadan. MasyaAllah...Betapa baiknya jika kita hadam buku-buku itu di siang hari sepanjang Ramadan. Bukan saja dapat mengisi masa yang terluang, manfaat ilmu dan pahala juga kita peroleh.

Persiapan mental yang paling utama ialah setkan matlamat bahawa kita berpuasa ini untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa!

Yang dikatakan persiapan ruhani itu adalah mendidik nafsu kita.

Latihlah diri untuk mula bangun awal supaya dapat bersahur. Bukan untuk kekuatan di siang hari tetapi ia juga adalah suatu ibadah. Paling baik bangun lebih awal sedikit supaya sempat berqiamulail sekurang-kurangnya solat sunat Tahajud dan sunat Taubat. Giatkan lagi pembacaan al-Quran supaya lebih fasih dan tidak terasa berat untuk membaca lebih banyak di bulan Ramadhan. Perbanyakkan amalan sedekah di bulan Ramadan. Kalau boleh buat satu checklist harian atau jadual supaya kita boleh mendisiplinkan diri dengan rutin ibadah dan memastikan kita tidak meninggalkan nikmat beribadah di bulan yang mulia ini.


Akhir sekali, yang paling penting ialah istiqamah. Tidak kira Ramadan atau bukan Ramadan, kita tetap rajin beribadah. Jangan bermusim dalam ibadah. Ramadan bukanlah bulan penuh dengan adat tetapi ibadah! Justeru, tanamkan dalam hati kita untuk terus istiqamah dalam mengerjakan amal soleh kepada Allah SWT. Terus istiqamah untuk mengimarahkan rumah Allah. InsyaAllah.

Sekian, wassalam.

Tips: Agar Bateri Laptop Tahan Lama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Petang tadi,sedang aku melawat blog sendiri. Tiba2 rasa nak klik je 1 nama kat shoutbox aku..aku klik..dan secara tak sengaja terjumpa satu artikel berkenaan dengan penjagaan bateri laptop. Mungkin bateri anda semua masih ok. Tapi jika tidak kita pelihara dengan baik ia akan rosak seperti bateri telefon bimbitku. huhu. Jadi,aku buat keputusan untuk post mengenainya. Moga bermanfaat bagi semua.

Adakah bateri laptop anda cepat habis padahal baru caj?

Dengan cara yang betul, bateri laptop boleh tahan lebih lama.

Dinyatakan 3 cara untuk buat bateri tahan lama:

1. Elakkan penetapan ‘performance’ sekiranya guna bateri. Ini bagi memastikan penjimatan justeru melanjutkan tempoh penggunaan laptop ketika buat kerja.

2. Sekiranya berada di rumah atau berhampiran dengan power supply, lebih baik tanggalkan bateri dan sambungkan laptop ke power supply.

3. Penting! Pastikan notis ‘kehabisan bateri’ keluar baru cucuk ke power supply untuk terus menggunakan laptop. Baki caj-caj elektrik yang masih banyak dalam bateri, jika dicaj akan menyebabkan bateri bengkak (kes handphone). Bateri akan cepat rosak. Begitu juga, sebaik sahaja bateri telah penuh, terus matikan suis plug point. Jika tidak, bateri akan rosak dan mungkin meletup!



sumber :
-http://www.rtikel.com/3-cara-buat-bateri-laptop-tahan-lama/"

dan

http://www.pcworld.com/article/110590/mobile_computing_make_notebook_batteries_last.html

Thursday, July 15, 2010

Pembakar Lemang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum..

Tiba-tiba muncul di fikiran nak post mengenai pembakar lemang ni(sebenarnya idea datang ketika mana parents aku berbincang mengenainya.) Parents memang ada buat bisnes lemang bila bulan Syawal bakal tiba. So,buat keputusan untuk menulis. Kira nak promote la ni. Ye,mari2..boleh order lemang..boleh order pembakar lemang..Bukan lemang biasa2 ye..ini yang luar biasa..huhu.. Bukan nak menipu. Sememangnya cara membuatnya agak berbeza dengan yang lain. Kira yang moden punya la bukan tradisional. Tapi masih menggunakan bahan2 yang sama. Masih lagi menggunakan buluh. Masih lagi menggunakan beras pulut,santan dan bahan2 yang lain.



LEMANG COOKER



REVOLUSI TERKINI PEMBAKARAN LEMANG!!!


CEPAT DAN MUDAH!!


KINI TIDAK PERLU BERSUSAH PAYAH MENUNGGU


SEHINGGA 3-4 JAM


TIADA MASALAH ASAP


TIDAK MENGGUNAKAN AIR


KOS BAHAN API TIDAK SAMPAI RM 2.00 SEKALI BAKAR


LEMANG LAMBAT BASI BOLEH TAHAN 3-4 HARI


CARA PENGGUNAAN


· MASUKKAN PULUT KE DALAM BULUH DAN TAMBAHKAN SANTAN SERTA GARAM SECUKUP RASA

· MASUKKAN BULUH KE DALAM PERIUK BIARKAN 1-1 SETENGAH JAM

· API SEDERHANA/LEMANG AKAN MASAK SEKATA

Jadi,sesiapa berminat nak order lemang atau pembakar lemang boleh la menghubungi:-

En.Mohd Zain(019-5555078)


*Pembakar lemang ini ciptaan En.Hj.Abd Razak(sepupu diri ini). Ciptaannya ini telah memenangi anugerah rekacipta peringkat kebangsaan(kalau taksilap).



Saturday, July 3, 2010

Liqa' Dan Malam Rintihan Al-Aqsa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Ghana 2 - Uruguay 1..


wahh..betul ke ni? yes2!
Ghana layak ke separuh akhir.. huhu..
Malangnya itu hanya angan2 dan mimpi bagi peminat2 negara Ghana.
Perkara sebenar yang berlaku,Ghana telah tersingkir setelah kalah di tangan Uruguay di suku akhir.

Ghana 1 - Uruguay 2..(sob2)
Uruguay layak ke separuh akhir..














Sedikit selingan sebelum memulakan cerita.=)

Khamis,
kelas pada hari tu berakhir jam 1.30 p.m..Terus ke Masjid Azlan untuk menunaikan solat zohor bersama rakan-rakan yang lain. Setelah usai solat,ketemu rakan-rakan untuk mengingatkan mereka liqa' awal sem yang akan diadakan setelah solat asar petangnya..Sempat menjemput freshie untuk turut serta.
Seterusnya,ke sekolah harian untuk liqa' bersama pelajar di sana..penyertaan tidak memberansangkan tapi syukurlah masih ada lagi yang mahu mengikuti. Mungkin kekurangan dalam diri menjadi salah satu faktor liqa' masih bergerak perlahan. Berkongsi sedikit dengan mad'u mengenai isu palestin..Moga memberi kesedaran pada semua untuk berubah dan perbaiki diri untuk menjadi mukmin sejati. Doakan bersama.

Usai liqa',bergegas ke Masjid Azlan.
Perkara yang sama berlaku. Bilangan kehadiran yang sedikit melemahkan diri sebentar. Namun segera memohon ampunan. Perbetulkan niat. Bukan kuantiti yang dicari,tetapi kualiti. Bukan hasil yang dilihat,tetapi usaha untuk berbuat berdasarkan niat. InsyaAllah,akan terus berusaha. Bersyukur masih ada teman di sisi yang masih turut serta berjuang.

Hari beransur gelap..maghrib bakal menjelang tiba. Dapat mesej untuk bergerak ke program selepas maghrib. Terima panggilan dari rakan.

"assalamualaikum"

"waalaikumussalam"

"lepas maghrib ni free tak?jom ikut aku pergi program kat pekan ipoh."

"yup..free..Program pe?"

"Program Malam RIntihan Palestin. Taktau ke?"

"oo..tau2..Baru je dapat tau tadi."

"nak ikut tak?"

"jom..tapi.."

"kat masjid ni..boleh tolong ambik tak? hehe.."

"emm..ok2. tunggu kat masjid..lepas maghrib kami ambik.."

"ok..salam.."

Sedikit perbualan kami..alhamdulillah dipermudahkan urusan. Sampai di sana,program sudah bermula. Rasa gembira dapat bertemu ikhwah-ikhwah di sana. Secara tidak langsung menaikkan semangat untuk terus berjuang bersama mereka.

"Ya Allah,tetapkan hati kami atas agamaMu"

Sedikit gambar yang sempat diambil sepanjang program..


Selamatkan Palestin..artikel-artikel dari akhbar



Model Gaza dan Tebing Barat yang dikelilingi tembok



Suasana di bahagian pameran



Antara booth yang terdapat di sana.Hasil jualan akan disalurkan ke tabung bantuan untuk Gaza.



Suasana di program.Perkongsian dari seorang Dr. dari Palestin.



Khusyuk mendengar dan melihat slideshow.



Nasi Goreng.Singgah makan selepas program.Alhamdulillah.

Wednesday, June 23, 2010

Sesi Pendaftaran..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum..

Hari ni bermula sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar lama di PPUO. Terbahagi mengikut jabatan masing-masing. Nasib baiklah. kalau tak jenuh nak tunggu. tapi untuk jabatan aku pendaftaran bermula jam 11 pagi ni. fuh..kenape la tak bagitau awal2. penat aku siap je. Hmm..takpe2..boleh buat post baru..huhu..

Semalam,PSN yang terakhir sepanjang cuti semester(agaknye..)..alhamdulillah,segalanya berjalan..Kagum dengan ikhwah2 yang datang dari jauh..datang naik moto je..terpaksa berpanas/berhujan semata-mata untuk menghadiri program dan berjumpa dengan ikhwah2..cayyalaa..=)

First PSN buat di rumah akh amin, 2nd PSN buat dekat kilang coklat tasneem(akh rafizal punya) dan semalam buat di masjid azlan. Semalam ikhwah dari UTP datang untuk menggantikan akh amin yang tidak dapat hadir disebabkan masalah kesihatan. moga cepat sembuh..=(

Berkenaan ikhwah UTP,dapat je tugas untuk ganti..tup3..dah sampai dah..lagi awal dari aku..huhu..memang syadid!
aku datang dengan akh raffiq Uitm yang tinggal berhampiran dengan rumah+1 sekolah+1 kelas..=)

Disebabkan datang lambat tak sempat join tilawah bersama..terus dengar tadabbur dari ikhwah2..pastu,tazkirah dari akh faimai(mantap!huhu..) dan pengisian akh zubair(pun mantap gak)..semua mantap!.aku je tak..huhu..sebelum tamat,kami gi breakfast+lunch di restoran halimah bachik dekat taman cempaka yang dicadangkan oleh akh nabil..alang2 dah nak zohor..kami solat dulu di masjid azlan..ni baru last..lepas solat,kami bersalaman dan pulang ke destinasi masing2..

sekian sajalah post kali ni..ringkas saje..nak solat dhuha b4 pergi daftar..
insyaAllah akan ade post2 lain yang masih belum siap..

wallahualam..

p/s:zubair,ana da up-date ye..huhu..

Monday, May 31, 2010

Semasa : Dunia, tidakkah kau melihat mereka?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum w.b.t..

Diri ini dikejutkan dengan berita(sms) yang dikirim oleh ikhwah pada pagi tadi mengenai kapal LifeLine4Gaza yang turut disertai wakil dari Malaysia diserang oleh Zionis laknatulllah dan mengenai kesyahidan 3 aktivis dan 30 yang lain cedera. Dan kini angka bilangan syahid meningkat ke 16 orang manakala kapal pula dirampas. Tidak mahu mengulas panjang. Baca artikel Hilal Asyraf mengenainya..


May 31st, 2010
by Hilal Asyraf.

Dunia, apakah kamu tidak melihat? ~ Picture by Delt4 of Deviant Art


Saya masih ingat saat-saat intifada Palestin kedua bermula pada September 2000, saat pejuang-pejuang Palestina memulakan serangan menggunakan bom manusia, ada suara-suara busuk yang berkata:

“Apa la mereka itu, Israel juga manusia”

“Pengganas. Tidak berbelas kasihan. Tak ada common sense”

“Mujahidin ni pelampau. Ada patut sampai nak bom Israel. Tak fikir ke itu negara orang?”

Hari ini, berita telah sampai kepada saya bahawa Kapal yang membawa bantuan kemanusiaan bawah kelolaan projek Lifeline4Gaza telah diserang oleh askar zionis pada jam 10.30pagi Malaysia, 31hb Mei 2010. Memburukkan keadaan, sekurang-kurangnya 10 aktivis telah terbunuh manakala 30 orang pula tercedera.

Apa salah bantuan kemanusiaan itu? Adakah mereka membawa senjata? Apa salah orang yang terbunuh? Apa silap orang yang tercedera?

Dunia, saya hari ini saya ingin sekali lagi mendengar suara-suara kamu.

Apakah tidak kau melihat kepada mereka?


Itu kapal penyelamat, bukannya pembunuh.
Sungguh jelek sekali jika dunia hari ini mendiamkan diri mereka. Jika memang bisu tidak mengapa. Tetapi sengaja membisukan diri adalah perkara yang hina.

Kapal-kapal itu bergerak untuk merentas Gaza, kerana rasa kemanusiaan yang tinggi untuk membantu saudara-saudara seagama yang kesempitan dikepung dalam tembok kematian. Sungguh keimanan telah menjana ukhuwwah merentas sempadan sebagaimana yang Islam ajarkan. Mereka membawa bantuan-bantuan kemanusiaan yang selama ini tidak diberikan kepada penduduk Gaza.

Kapal-kapal itu, di dalamnya terdapat manusia-manusia yang ikhlas. Saya membaca satu penyataan menyatakan bahawa di dalamnya yang paling muda adalah berumur kurang dari setahun, manakala yang paling tua ada yang melebihi 80 tahun. Semuanya dengan ikhlas menyabung nyawa untuk membantu saudara-saudara yang ditinggalkan. Ditinggalkan Mesir, ditinggalkan Jordan, ditinggalkan Arab Saudi, ditinggalkan Syria, ditinggalkan Lubnan yang berada di sekelilingnya.

Kapal-kapal itu, di dalamnya tiada tentera. Hanya rakyat biasa yang mempunyai kefahaman dan rasa kemanusiaan yang melangkaui manusia yang hanya inginkan dunia.
Tetapi kapal-kapal itu diserang hingga menyebabkan ada yang terbunuh dan tercedera.

Oh dunia, tidakkah kau melihat kepada mereka? Negara yang bernama Israel itu dan apa yang dilakukan oleh mereka?

Sungguh jelek sekali jika dunia hari ini mendiamkan diri mereka. Jika memang bisu tidak mengapa. Tetapi sengaja membisukan diri adalah perkara yang hina.


Israel Zionis yang kamu pertahankan itu.
Wahai kamu kamu yang bersuara busuk selama ini. Yang menyatakan Israel Zionis juga manusia. Yang pernah berkata kepada saya bahawa Israel juga ada hak untuk mempertahankan dirinya. Yang pernah mengherdik saya menyatakan bahawa Israel juga ada hak asasi mereka. Yang pernah memarahi saya menyatakan bahawa Israel tidak patut diganggu dan sepatutnya berdamai sahaja dengan mereka.

Wahai kamu kamu yang bersuara busuk ini. Saya ingin kamu melihat apa yang berlaku hari ini. Israel Zionis yang kamu pertahankan itu yang menyerang kapal-kapal kebaikan hari ini. Yang di dalam kapal itu tidak mempunyai bala tentera untuk mempertahankan diri. Yang di dalam kapal itu tidak mempunyai senjata untuk digunakan apatah lagi diberi kepada mujahidin. Yang di dalam kapal itu hanya penuh dengan bantuan kemanusiaan berbentuk keperluan penting buat yang tersepit.

Israel Zionis yang kamu pertahankan itu, tidak segan silu terang-terangan menyerang kapal kebaikan itu. Lihatlah bagaimana mereka berkelakuan. Lihatlah bagaimana mereka membuat perhitungan. Lihatlah bagaimana mereka beradab dengan kebaikan.

Apakah satu perkara yang melampau memberikan bantuan kemanusiaan?

Lihatlah betapa kejamnya mereka dengan mata akal kamu yang waras.

Inilah sebabnya Mujahidin Palestin hingga sampai perlu mengebom diri mereka dalam menentang mereka. Sungguh, mereka itu gila tanpa jiwa. Inilah sebabnya tiada perjanjian damai lagi buat mereka. Kerana setiap kali berdamai mereka mengingkarinya.

Inilah dia Israel Zionis yang kamu pertahankan itu.

Yang kamu kata dia juga manusia.

Apakah kamu meragui kenyataan yang diberikan oleh Allah SWT?

“(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?” Surah Al-Baqarah ayat 75.

“Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)”. (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman. Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.” Surah Al-Baqarah ayat 89.

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” Surah Al-Baqarah ayat 120.

Kejadian hari ini adalah salah kamu

Kenapa Israel berani lakukan apa yang mereka lakukan hari ini?

Sebab selama ini dunia menutup mata dan membiarkan mereka. Sebab selama ini dunia menyokong dan terus menyokong agenda mereka. Dunia membutakan mata, memekakkan telinga, menyembunyikan tangan, dan berdiam diri sahaja.

Islam tidak diambil sebagai kehidupan. Palestina kamu pandang sebagai negara lain. Kamu tunduk pada kehidupan sekutu Israel. Kamu biarkan jiwa kamu terbius, kamu lepaskan anak-anak kamu juga turut terbius. Kamu pimpin negara kamu dalam tatacara hidup mereka melahirkan rakyat-rakyat yang juga terbius.

Salah kamu. Salah kamu. Salah kamu.

Sebab itu hari ini, mereka tidak segan lagi terang-terangan menyerang.

Berita saya dapat dari twitter sahabat al-aqsa adalah seperti berikut:

“Israel tetap menembakkan gas air mata…memaksa peserta Freedom Flotilla keluar dari kapal….KAMI TIDAK AKAN MENYERAH!! ALLAHU AKBAR!!!”

“Kira2 pkl4.30 am tadi,prajurit Israel turun dr helikopter kedek kapal Mavi Marmara,&lgsg menembaki orang2 sipil yg tidak bersenjata disana.”

Twitter ini disiarkan sekitar setengah jam yang lalu.

Ya, itulah dia. Seakan-akan Israel berkata dengan lantang: “Kami tidak kisah. Sebab apa pun yang kami lakukan, dunia tetap akan menyokong kami dan berdiam diri”

Oh kamu. Apa yang telah kamu lakukan? Tidakkah Allah sudah berfirman:

“Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya,” Surah Al-Anfal ayat 72.

“Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya(membiarkannya dalam penderitaan, memberikannya kepada musuh), tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali-). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim(apatah lagi menzaliminya, mengabaikannya dan mendustakannya)” Hadith yang ke-35 dalam Hadith 40 An-Nawawi. Hadith riwayat Muslim.


Kalaulah selepas ini dunia terus membutakan mata


Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya buta. Maka saya rela maafkan ketidak pekaan mereka. Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya kudung. Maka saya rela maafkan ketiadaan tindakan daripada mereka. Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya bisu. Maka saya rela maafkan kebisuan mereka.

Tetapi saya sangat maklum bahawa dunia ini mempunyai mata, tangan dan suara.

Sungguh, saya terluka kepada mereka yang tidak menghiraukan perkara ini walau sudah terjadi keadaan seperti hari ini. Saya terluka kepada mereka yang masih mengambil kehidupan musuh Allah sebagai peraturan hidup. Saya terluka kepada mereka yang masih mencanangkan bahawa Israel adalah manusia yang ada hak asasinya.

Saya terluka, kalau selepas ini, tiada apa-apa yang dilakukan oleh dunia.

Ini yang Israel lakukan, pada saat dunia semuanya sedang menyaksikan konvoi itu secara langsung. Ini yang Israel lakukan, walau konvoi itu diperhatikan secara LIVE melalui internet.

Bagaimana agaknya yang Israel lakukan terhadap penduduk Gaza, yang terputus dari dunia luar?

Kalau selepas ini akal kamu masih tertutup, maka ketahuilah bahawa kamu tergolong kalangan manusia-manusia yang hancur.

“Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” Surah Al-Anfal ayat 73.

Oh jangan risau. Kamu akan dihitung

Jangan risau wahai Israel Zionis. Juga jangan risau konco-konco kepadanya. Jangan juga risau wahai yang berkomplot bersamanya. Juga jangan risau kepada yang menyokong mereka.

Kamu semua akan dihitung. Kamu semua akan dihitung. Kamu semua akan dihitung.

“(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar; Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku”
Surah Adz-Dzariyyat ayat 5-6.

Tuhan saya, tuhan mereka yang berada di Gaza, tuhan mereka yang berada di atas kapal konvoi, tuhan mereka yang mati atas kezaliman tangan-tangan kalian, tuhan mereka yang tercedera apabila kamu merampas kapal, tuhan yang satu untuk seluruh ummat di dunia, juga tuhan kamu yang sebenarnya, Dia, Allah, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat Tiada Tandingannya, Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya, Pencipta Kepada Neraka, sungguh Dia akan menghitung kamu.

“Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami).” Surah Al-An’am ayat 158.

Saya bersabar jika Allah melambatkan hukumanNya ke atas kamu. Sungguh, itu tanda sinar kasih sayangNya buat kamu masih belum luput. Tetap Dia memberikan peluang seperti peluang yang Dia berikan kepada yang membakar Ashabul Ukhdud.

“Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat,(ini adalah tanda bahawa, sekiranya mereka bertaubat, maka mereka akan selamat) maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).” Surah Al-Buruj ayat 10.

Tetapi bila tiba waktunya, Dia akan menghukum kamu.

Tidak di dunia, di akhirat sana pasti perhitunganNya terlaksana.

Beratnya, hingga kamu bercita-cita bahawa kamu tidak pernah dilahirkan di dunia.

“Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)” Surah An-Naba’ ayat 40.

Takutnya, hingga kamu merayu dikembalikan semula.

“Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”
Surah As-Sajadah ayat 12.

Kamu tiada pengakhiran yang gembira, oh musuh-musuh Allah yang celaka.

Mati kamu di neraka, syahid kami di Syurga.

Mati kamu merana, mati kami disiram bahagia.

Kamu akan dihitung. Kamu akan dihitung. Kamu akan dihitung.

Dan saya berharap-harap, Allah akan menjadikan saya antara wakilNya dalam menumbangkan kamu di atas dunia. Ketahuilah, saya bukan manusia yang berharap sahaja. Saya manusia yang berusaha.

Penutup: Ini garisan antara kita.


Berdiam diri, atau melakukan sesuatu.

Inilah dia garisan antara kita. Yang membezakan orang-orang yang benar keimanannya atau yang palsu semata.

“Habis, apa yang boleh saya lakukan?” Mungkin itu yang anda tanyakan.

Macam-macam. Khas untuk konvoi, kita boleh solat hajat dan berdoa. Untuk perjuangan ini, kita boleh mula dengan ubah diri kita dan ajak manusia lain kembali kepada Allah.

Masalah Palestina bukan masalah kenegaraan. Masalah Palestina adalah masalah ummah. Perhatikan sejarah. Palestina hanya mampu aman apabila ummah berada dalam kondisinya yang terbaik. Zaman Saidina Umar dan zaman Salahuddin Al-Ayubi, kamu kajilah ummahnya bagaimana. Palestina hanya menderita, pada zaman ummah rosak dan berpecah belah. Selaklah sejarah, hari-hari Palestina ditawan semula dari tangan orang Islam dan bagaimana kondisi ummah ketika itu.

Ada yang berjuang mempertahankan Palestina dengan senjata. Mereka yang berada di dalam Palestina sendiri tidak henti-henti merawat jiwa-jiwa di sana. Ada pula yang berjuang seperti yang berada di atas Marmara Mavi, yang menyertai konvoi-konvoi keselamatan. Dan ada pula yang berjuang dari luar Palestina dengan merawat jiwa-jiwa ummah yang tercedera dengan jahiliyyah.

Tetapi berdiam diri, tidak termasuk salah satu daripadanya.

Sungguh, ini garisan antara kita.

Yang membezakan orang-orang yang duduk ketakutan, dengan orang-orang yang berdiri dengan yakin penuh keberanian.

“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah An-Nisa’ ayat 95-96.
_________________________________________________________
Rujukan berita dari:
http://twitter.com/freegazaorg
http://twitter.com/sahabatalaqsha
http://english.aljazeera.net/news/middleeast/
http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/05/201053133047995359.html
http://www.livestream.com/insaniyardim
http://www.facebook.com/pages/LIFELINE-4-GAZA-Break-The-Siege/358514058399

© 2010 Langit Ilahi | Powered by Ravi Varma

Macam mana?.Apa yang perlu kita lakukan setelah menerima/mengetahui berita seperti ni?.Setelah melihat aksi askar2 zionis di kaca televisyen yang menyerang para aktivis?.Sedih?.Bengang?.atau anda tidak punya rasa apa2. Lebih suka memikirkan masalah cinta dan hati yang terluka.

Majulah saudaraku..ayuh bangkit..Ubahlah dirimu..Marilah kita bersama melepaskan tembakan doa agar Allah melindungi dan membantu saudara2 kita di sana,moga Allah menghantar bala tenteraNya,dan menghancurkan bala tentera Yahudi laknatullah. Berdoalah..Doa itu senjata bagi orang mukmin. Andai doa tidak mampu kita hulurkan..malulah kalian..

kata-kata dari Akh Umair:

adakah mereka semua bakal diranapkan sekali!?
Na'uzubillah min zalik...

Tengok sahaja sejarahnya, cara yang yahudi zionis rancang sekian lama, menyebabkan semua kita 'buta', 'pekak' 'bisu' lagi 'kudung' dalam kehidupan kita yang kononnya serba cukup ni. Pada amatan aku,kalau diorg bantai habis LL4G tu pun dunia nk buat apa? Bukan mampu buat apa-apa pun.

Nanti orang sibuk boikot dalam 1 bulan..
Orang kecoh2 buat demo itu ini 1 bulan..
Surat khabar dan berita kecoh2 cerita ni 1 bulan...

Lepas tu? Kembali semula seperti sedia kala...
Inilah umat sekarang. Manusia sekarang. Hidupnya 'Aku dan Duniaku'..
Kerana 'duniaku' ada kawan-kawan yang sibuk-sibuk nak suruh boikot, dia pun boikotlah skejap..
Kerana 'duniaku' ada kawan-kawan yang sibuk-sibuk buat demo, dia pun berdemolah sekali..
Kerana 'duniaku' ada kawan-kawan yang sibuk-sibuk nak bagi ceramah, dia pun joinlah sekali...

lepastu kembali jadi perangai lama..
stay dengan 'Aku dan Duniaku'nya...

sedarlah wahai saudara-saudara sekalian...
Mereka diuji sebegitu rupa..
Si zalim dah bermaharajalela se'syaitan' durjana..
Dan dunia terus tahu 'mengutuk' dan 'mencaci cela'
Dan kita pula bagaimana?
Terus buat-buat tidak tahu sahaja?

Dan saudara-mara, abang, adik, kakak, emak dan ayah kita di sana yang seiman dengan kita terus disembelih...

"Tidak beriman seorang kamu selagi kamu tidak menyintai saudara kamu sebagaimana kamu menyintai diri kamu sendiri.." (Al-Hadith)

Wednesday, May 26, 2010

Berakhir Sudah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum w.b.t..

Syukur kepada Allah kerana diri ini masih diberi kesempatan untuk menulis..alhamdulillah,final exam dah berakhir dan berjalan tanpa sebarang masalah..cuma masalah nk menjawab je..huhu..

Untuk sem ni cuma 5 paper je..Mekanik Struktur,paper terakhir pagi tadi..hmm,risau gak la bila memikirkannya..soalan memang se'jibik' mcm quiz,test dan past year..tp agak blur2 bila menjawabnya..padahal da pernah buat da..sob2..sabar je la..dah berusaha,next,berdoa dan bertawakal kepada Allah..

"..dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.."(Luqman:17)

ni cuma sedikit ujian dariNya..hmm,mengenai UJIAN..Ingat,masih ramai lagi insan lain yang turut menerima ujianNya bahkan lebih berat dari ni..



Allah memberikan kemenangan,kesenangan,musibah dan segala macam untuk menguji tahap keimanan seseorang hambaNya..Sejauh mana keimanan mereka..keyakinan dan kebergantungan mereka kepada Allah..ketika mereka susah dan senang..dan yang pastinya sabar ketika ditimpa musibah merupakan sebaik-baik perbuatan..bersyukur ketika dikurniakan pelbagai nikmat satu perbuatan yang perlu dimiliki setiap muslim..

"..sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."(Az-Zumar:10)

"Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu(cubaan)sperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu.Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan,dan digoncang(dengan pelbagai cubaan),sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata,"kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."(Al-Baqarah:214)

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti Kami akan menambah(nikmat)kepadamu,dan jika kamu mengingkarinya(nikmatKu)maka sesungguhnya azabKu sangat pedih."(Ibrahim:7)

Muhasabahlah wahai diri..sabarlah tatkala musibah menimpa,syukur tika nikmat mencurah-curah. Moga nikmat ditambah,keimanan juga mantap..



Perlu difikirkan juga mungkin segala apa yang berlaku disebabkan oleh kesilapan diri sendiri..dalam kondisi diri aku,mungkin saja usaha yang aku lakukan masih tidak cukup..mungkin usaha yang dilakukan 'gitu-gitu hal je'(gaya cakap akh lan)..dalam kondisi masyarakat pula,gejala sosial yang menjadi-jadi dan penghayatan terhadap agama yang kurang..mungkin disebabkan dakwah yang dilakukan hanya sambil lewa..mungkin kerana kurang pendedahan agama dalam diri individu dan pemahaman terhadap agama yang salah atau mungkin diri sendiri yang tidak mahu/belum bersedia untuk ditarbiyah..hanya tahu membincangkan mengenainya tapi tidak mahu menyelesaikannya..Bencana alam dan pencemaran yang berlaku..mungkin disebabkan sikap manusia yang hanya mengikut hawa nafsu dan pentingkan diri tanpa mengambil kira akibat perbuatannya.







Segala kerosakan yang berlaku bukan kerana Allah itu tidak mengasihi manusia tetapi disebabkan oleh manusia itu sendiri..Dan melalui ujianNya,manusia diberi peluang untuk berfikir dan menilai sendiri bagaimana,punca berlakunya sesuatu perkara tu..dan dengan itu boleh melakukan perubahan.

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu.."
(Al-Baqarah:216)

hmm..berbalik pada entry asal..tamatnya final bermakna berakhirlah sudah Sem 2..Result dinanti-nanti,cabaran Sem 3 menanti..Cuti sem ni diharap tidak berlalu sia-sia..Perancangan akan dibuat..Cadangnya nak wat program untuk ikhwah poli..tapi ramai yang dah pulang ke kampung..Plan seterusnya,nak ziarah ikhwah(akh lan)..lama nggak ketemu..Seterusnya,kembali merapatkan ukhwah dengan rakan-rakan lama dan wat persediaan untuk sem 3..insya4jjl..=)


-ni je gmbr yg de..-

Wallahua'lam..