Monday, February 7, 2011

Just a simple update

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Dah lama tak update blog ni. Dah macam rumah lama kena tinggal,berhabuk,bersawang, dan penuh dengan semak samun. Silap2 dah jadi tempat tinggal MAKHLUK tak berkaki,yakni ular.
Kali ni nak update sikit je. Sebagai permulaan untuk mula balik menulis. Share sikit kata2 tak tau daripada mana. Maybe diluahkan sendiri oleh pengirim.

You'll never reach perfection because there's always room for improvement.
But along the way of perfection,you'll learn to get better, or maybe almost perfect.

Tu je..Sekian..=)

p/s:insyaAllah akan update lagi..

Thursday, November 11, 2010

Salam Imtihan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Jazakallah semua atas doanya..

Alhamdulillah..dah sembuh sepenuhnya..
Last paper semalam..

Kepada semua yang masih belum habis paper atau sedang menjalani study week..



Moga dipermudahkan segalanya..
Buat sehabis baik..

Tuesday, November 2, 2010

Ow Two Eleven

Badan terasa lemah. Suhu badan meningkat. Pening dan sakit-sakit badan. Mata membengkak. Satu perkara biasa terhadap diri saya apabila terkena demam. Sudah 3 hari berlarutan. 1 ujian dan sebagai kafarah terhadap dosa-dosa yang dilakukan.
Jam menunjukkan pukul 12 malam. Sempat membaca sedikit nota yang dibuat untuk paper Material Construction esoknya sebelum tidur. Tiba-tiba,Sony Ericsson C510 berbunyi menandakan ada mesej diterima.

"selamat hari jadi"

Salah satu mesej yang diterima daripada rakan-rakan yang masih ingat akan diri ini. Terima kasih sahabat.
Kepala dibasahkan untuk mengurangkan kepanasan. Kain basah diletakkan di atas kepala. Cuba untuk tidur. Mudah-mudahan sembuh keesokan harinya.

...

Jam 5.15 a.m
Terjaga dari tidur. Rasa kurang selesa. Segera bangkit menuju sinki di dapur.
...
Segala makanan yang tidak dihadam sepenuhnya keluar semula.

Jam 6 a.m
Menunaikan solat subuh di rumah. Bersiap seperti biasa.
Di dewan peperiksaan,mendengar arahan yang diberikan oleh pengawas peperiksaan. Berdoa moga dipermudahkan.

Selesai paper pertama,bergerak ke klinik. Doktor mencadangkan supaya dibuat ujian darah disebabkan demam denggi yang menular. Alhamdulillah,baru dapat panggilan dari doktor dan darah normal. Dan keadaan badan semakin beransur pulih.

Moga sembuh sepenuhnya..

*next paper,Geoteknik..

Monday, September 27, 2010

Quick Update..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Assalamualaikum semua.. Maaf diucapkan kerana membiarkan blog ini tanpa sebarang update. Kebelakangan ini diri disibukkan dengan bermacam hal.(juga kurang semangat untuk menulis) Mohon agar diri ini terus istiqamah. Doakan bersama. Jadi untuk post kali ni,nak berkongsi sedikit perkara yang berlaku secara ringkas(nama pun quick update).

-10 malam akhir ramadan : Menyertai program qiamulail bersama ikhwah. Target untuk hafal 1 juz. Bermula la cuti pertengahan semester.

-Raya Aidilfitri : Berkumpul bersama keluarga belah Ma(mama) saya di Pengkalan. Balik ke kampung Ba di Sungkai. Balik Ipoh,pergi open house yang diadakan oleh rakan2. Tapi kali ni tak berpeluang ke Lenggong untuk beraya dengan Akh Lan dan Akh Aweh seperti tahun lepas (T T). Tak akan saya lupakan saat bersama dengan mereka. Alhamdulillah,ukhuwah antara kami masih kekal. Next,menyiapkan tugasan untuk kelas selepas cuti.

-Minggu kuliah bermula : Hantar tugasan dan menjalani kuiz.huhu.. Menyiapkan LDK Tamadun Islam. Telah sepakat untuk membuat forum. huhu. Masih dalam proses mengedit. Dan menerima tugasan baru dan diarahkan untuk membuat persiapan untuk kuiz dan test akan datang.

-Perancangan : Memulakan halaqah di sekolah dan PUO. Membuat persediaan sebelum menjalani Latihan Industri dan Final Exam.

Itu saja buat kali ni..
wallahua'lam..

Saturday, August 7, 2010

Persediaan Menjelang Ramadan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah. Syukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memberi kita kesempatan untuk terus hidup dan melalui bulan Rejab dan Syaaban. Dan tidak lama lagi,Syaaban bakal menutup tirainya dan Ramadan kian menjelang. Moga kita diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yang dinanti.

Khutbah jumaat tadi,saya dengar dengan teliti. Ia menyentuh tentang bulan Ramadan yang bakal tiba. Bulan di mana seluruh mukmin menanti kehadirannya kerana berkat dan segala keistimewaan yang terdapat di dalamnya. Bulan yang digelar sebagai madrasah bagi setiap muslim kerana di waktu ini kita diuji dengan lapar dahaga dan segala macam ujian untuk kita mendidik diri kita melawan nafsu yang sudah 11 bulan ditarbiyah oleh syaitan. Dan pada bulan ini,segala amalan yang kita lakukan akan dilipatgandakan dan dosa-dosa lalu akan diampunkan. Maha Suci Allah. Betapa kasihnya Allah kepada kita dengan kurniaan yang istimewa ini. Betapa rugi pula bagi siapa yang tidak mengambil peduli. Jadi,bagaimana persiapan kita untuk menghadapi Ramadan?.Sudahkah kita bersedia untuk menahan diri dari memenuhi perut yang lapar dan tekak yang dahaga? Mampukah kita melawan nafsu dengan ketiadaan syaitan? Masih kita ingat lagi rukun-rukun dan syarat-syarat puasa dan segala amalan sunat yang lain?

Jadi,saya bawakan artikel ini untuk manfaat bersama.
Sumber:iLuvislam.com


Persiapan Ramadan


Kurang daripada seminggu lagi, umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, Ramadan Al-Mubarak. Bicara soal sambut-menyambut tentulah perlu ada persiapannya. Sepertimana kita hendak menyambut kedatangan YB ke tempat kita. Mungkin ketika ini ramai orang sudah membuat persiapan bagi menyambut ketibaan Ramadan. Namun, persoalannya bagaimanakah persediaan itu?


Persiapan yang mesti dibuat hendaklah merangkumi persiapan fizikal, mental dan ruhani untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak.



Apakah persiapan fizikal?

Persiapan fizikal bukanlah "pulun" habis-habisan sebelum menyambut Ramadhan. Bukannya memastikan perut mampu bertahan menghadapi Ramadhan dengan bekalan makanan yang menjadi isi perut sehingga bertambah beberapa kilogram berat badan!

Persiapan fizikal ialah melatih diri berpuasa. Sebagaimana kita perlu warming up atau stretching dahulu sebelum masuk gelanggang. Hal ini bagi memastikan kita bersedia dan biasa dengan keadaan berpuasa. Menahan lapar dan dahaga dan banyak mengerjakan amal soleh. Bahkan, berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban amat digalakkan dalam Islam. Sunat. Rasulullah tidak pernah berpuasa lebih banyak pada bulan lain melainkan Syaaban. Kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik supaya mampu berpuasa dengan sempurna. Alangkah ruginya jika kita mendapat sakit di bulan Ramadan sedang orang lain ralit berpesta ibadah. Sudahlah bulan lain tidak banyak amalan kita. Malangnya, bulan yang digandakan pahala ini juga kita tidak dapat mengerjakannya. Apa lagi yang ada pada kita untuk berdepan dengan Allah di hari Akhirat?


Persiapan yang kedua ialah akal.


Persiapan akal ialah kita sudah bersedia dengan ilmu. Ramai orang berpuasa tetapi punyai ragu-ragu dalam berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan. Ada yang tidak mengetahui apakah ibadah-ibadah yang afdal di bulan ini. Inilah perlunya persiapan ilmu. Lebih teruk lagi, ada yang melakukan persiapan untuk menghadapi hari-hari puasanya yang tentunya banyak masa lapang dengan membeli DVD pelbagai cerita; cerita Korea, Hindustan, Sepanyol, Amerika, cerita lawak dan entah apa-apa cerita lagi. Supaya diri tidak merasa bosan sementara menunggu waktu berbuka. Inilah yang diisi dalam kepala otak mereka!

Alangkah baiknya jika ia diisi dengan ilmu ukhrawi dan ilmu duniawi yang bermanfaat. Hari ini pelbagai jenama penerbit buku telah mengambil inisiatif untuk highlight buku-buku yang khusus bagi bulan-bulan tertentu. Contohnya bulan Ramadan bakal tiba ini, ada flyers khusus senarai buku-buku berkaitan Ramadan. Ada juga kedai buku yang membuat rak khas buku-buku Ramadan. MasyaAllah...Betapa baiknya jika kita hadam buku-buku itu di siang hari sepanjang Ramadan. Bukan saja dapat mengisi masa yang terluang, manfaat ilmu dan pahala juga kita peroleh.

Persiapan mental yang paling utama ialah setkan matlamat bahawa kita berpuasa ini untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa!

Yang dikatakan persiapan ruhani itu adalah mendidik nafsu kita.

Latihlah diri untuk mula bangun awal supaya dapat bersahur. Bukan untuk kekuatan di siang hari tetapi ia juga adalah suatu ibadah. Paling baik bangun lebih awal sedikit supaya sempat berqiamulail sekurang-kurangnya solat sunat Tahajud dan sunat Taubat. Giatkan lagi pembacaan al-Quran supaya lebih fasih dan tidak terasa berat untuk membaca lebih banyak di bulan Ramadhan. Perbanyakkan amalan sedekah di bulan Ramadan. Kalau boleh buat satu checklist harian atau jadual supaya kita boleh mendisiplinkan diri dengan rutin ibadah dan memastikan kita tidak meninggalkan nikmat beribadah di bulan yang mulia ini.


Akhir sekali, yang paling penting ialah istiqamah. Tidak kira Ramadan atau bukan Ramadan, kita tetap rajin beribadah. Jangan bermusim dalam ibadah. Ramadan bukanlah bulan penuh dengan adat tetapi ibadah! Justeru, tanamkan dalam hati kita untuk terus istiqamah dalam mengerjakan amal soleh kepada Allah SWT. Terus istiqamah untuk mengimarahkan rumah Allah. InsyaAllah.

Sekian, wassalam.

Tips: Agar Bateri Laptop Tahan Lama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Petang tadi,sedang aku melawat blog sendiri. Tiba2 rasa nak klik je 1 nama kat shoutbox aku..aku klik..dan secara tak sengaja terjumpa satu artikel berkenaan dengan penjagaan bateri laptop. Mungkin bateri anda semua masih ok. Tapi jika tidak kita pelihara dengan baik ia akan rosak seperti bateri telefon bimbitku. huhu. Jadi,aku buat keputusan untuk post mengenainya. Moga bermanfaat bagi semua.

Adakah bateri laptop anda cepat habis padahal baru caj?

Dengan cara yang betul, bateri laptop boleh tahan lebih lama.

Dinyatakan 3 cara untuk buat bateri tahan lama:

1. Elakkan penetapan ‘performance’ sekiranya guna bateri. Ini bagi memastikan penjimatan justeru melanjutkan tempoh penggunaan laptop ketika buat kerja.

2. Sekiranya berada di rumah atau berhampiran dengan power supply, lebih baik tanggalkan bateri dan sambungkan laptop ke power supply.

3. Penting! Pastikan notis ‘kehabisan bateri’ keluar baru cucuk ke power supply untuk terus menggunakan laptop. Baki caj-caj elektrik yang masih banyak dalam bateri, jika dicaj akan menyebabkan bateri bengkak (kes handphone). Bateri akan cepat rosak. Begitu juga, sebaik sahaja bateri telah penuh, terus matikan suis plug point. Jika tidak, bateri akan rosak dan mungkin meletup!



sumber :
-http://www.rtikel.com/3-cara-buat-bateri-laptop-tahan-lama/"

dan

http://www.pcworld.com/article/110590/mobile_computing_make_notebook_batteries_last.html

Thursday, July 15, 2010

Pembakar Lemang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum..

Tiba-tiba muncul di fikiran nak post mengenai pembakar lemang ni(sebenarnya idea datang ketika mana parents aku berbincang mengenainya.) Parents memang ada buat bisnes lemang bila bulan Syawal bakal tiba. So,buat keputusan untuk menulis. Kira nak promote la ni. Ye,mari2..boleh order lemang..boleh order pembakar lemang..Bukan lemang biasa2 ye..ini yang luar biasa..huhu.. Bukan nak menipu. Sememangnya cara membuatnya agak berbeza dengan yang lain. Kira yang moden punya la bukan tradisional. Tapi masih menggunakan bahan2 yang sama. Masih lagi menggunakan buluh. Masih lagi menggunakan beras pulut,santan dan bahan2 yang lain.



LEMANG COOKER



REVOLUSI TERKINI PEMBAKARAN LEMANG!!!


CEPAT DAN MUDAH!!


KINI TIDAK PERLU BERSUSAH PAYAH MENUNGGU


SEHINGGA 3-4 JAM


TIADA MASALAH ASAP


TIDAK MENGGUNAKAN AIR


KOS BAHAN API TIDAK SAMPAI RM 2.00 SEKALI BAKAR


LEMANG LAMBAT BASI BOLEH TAHAN 3-4 HARI


CARA PENGGUNAAN


· MASUKKAN PULUT KE DALAM BULUH DAN TAMBAHKAN SANTAN SERTA GARAM SECUKUP RASA

· MASUKKAN BULUH KE DALAM PERIUK BIARKAN 1-1 SETENGAH JAM

· API SEDERHANA/LEMANG AKAN MASAK SEKATA

Jadi,sesiapa berminat nak order lemang atau pembakar lemang boleh la menghubungi:-

En.Mohd Zain(019-5555078)


*Pembakar lemang ini ciptaan En.Hj.Abd Razak(sepupu diri ini). Ciptaannya ini telah memenangi anugerah rekacipta peringkat kebangsaan(kalau taksilap).